Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gabriel jadi penyelamat
Published on: Friday, August 15, 2025
Published on: Fri, Aug 15, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Gabriel jadi penyelamat
GABRIEL menanduk masuk gol penyamaan pada Rabu.
Kota Kinabalu: Tandukan kencang Gabriel Peres pada masa kecederaan menafikan mata penuh buat Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium KLFA pada Rabu.

Jaringannya membantu Sabah FC mengikat skuad City Boys itu 1-1 pada wisel penamat.

Advertisement
Bek tengah Brazil, yang hanya masuk pada separuh masa kedua melonjak tinggi melepasi semua pemain untuk menanduk masuk bola yang dihantar oleh Stuart Wilkin daripada sepakan percuma yang dilakukan pada minit ke-92.

Gol itu memadamkan gol pembukaan tuan rumah menerusi percubaan melencong Declan Lambert pada minit ke-64. Sabah FC menampilkan aksi lebih baik pada peringkat awal permainan sebelum mereka dikurangkan kepada 10 pemain susulan kad merah yang diterima oleh Dean Pelekanos kerana terjahan berbahaya ke atas Ryan Lambert sebelum penghujung separuh masa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan tuan rumah menggunakan sepenuhnya kelebihan tersebut selepas permainan disambung untuk melancarkan gelombang serangan ke dalam kotak Sabah FC, tetapi Damien Lim di gawang berada pada tahap terbaik untuk menafikan banyak percubaan mereka.

Penolong jurulatih Alto Linus memuji pemainnya atas usaha mereka selepas perlawanan.

Advertisement
“Ia adalah keputusan yang positif dalam perlawanan pertama kami musim ini. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami datang ke sini untuk menentang pasukan yang memiliki ramai pemain bagus. 

“Tambahan pula, mereka pastinya lebih bermotivasi selepas memenangi perlawanan pembukaan mereka. Ia tidak pernah mudah untuk menentang mereka terutamanya selepas kami kehilangan seorang pemain.  

Advertisement
“Tetapi jika anda melihat pada separuh masa pertama, kami mencipta lebih banyak peluang untuk mendahului sebelum kami kekurangan seorang pemain.

Saya percaya jika kami bermain dengan 11 pemain, kami boleh mencapai keputusan yang lebih baik.

“Bagaimanapun, pujian perlu diberikan kepada semua pemain atas usaha gigih mereka terutama selepas dibolosi gol untuk memastikan kami pulang membawa satu mata,” katanya.

Dia turut menjelaskan sebab untuk memulakan Gabriel di bangku simpanan dan dia hanya dimasukkan pada minit ke-64.

“Dia masih belum cergas sepenuhnya untuk memulakan perlawanan selepas baru pulih daripada kecederaannya. Itulah satu-satunya sebab kami tidak meletakkannya dalam kesebelasan utama kerana kami berhasrat untuk menurunkannya hanya untuk 20-25 minit pada separuh masa kedua.”

Sementara itu, Sabah FC akan menentang Bunga Raya FC pada perlawanan 16 terakhir Piala FA di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan Ahad ini.

Perlawanan liga seterusnya ialah menentang Kelantan The Real Warriors FC di Stadium Likas pada 23 Ogos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here