Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk rayu naik taraf laluan 6.8km di Beaufort
Published on: Friday, August 15, 2025
Published on: Fri, Aug 15, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penduduk rayu naik taraf laluan 6.8km di Beaufort
KEADAAN semakin teruk: Penduduk merayu pihak berkuasa mempercepatkan kerja naik taraf jalan berkenaan.
BEAUFORT: Penduduk Kampung Binunuk di sini merayu kepada Kerajaan supaya menaik taraf laluan sepanjang 6.8 kilometer yang sebelum ini diluluskan peruntukan RM32 juta, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

Penduduk, Ajip Usop, berkata beliau difahamkan bahawa kontraktor telah dilantik bagi projek naik taraf jalan berkenaan tetapi bertahun-tahun telah berlalu tanpa sebarang tanda kerja dijalankan.

Advertisement
“Seorang kontraktor pernah datang meninjau jalan ini dan mendakwa telah mendapat projek tersebut. Namun sehingga hari ini, kami tidak pernah melihat mereka kembali. Sudah bertahun-tahun,” katanya.

Ajip berkata, jalan tersebut sering dilanda banjir sehingga tidak dapat dilalui, selain keadaannya yang semakin teruk dipenuhi lubang. Dia menegaskan kerja naik taraf perlu dipercepatkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jabatan Kerja Raya (JKR) mesti melaksanakan projek ini dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk Kampung Binunuk,” katanya.

Menurutnya, menyuarakan masalah ini melalui Daily Express adalah satu-satunya cara untuk menarik perhatian pihak berkuasa selepas rayuan sebelum ini tidak diendahkan oleh wakil rakyat.

Advertisement
“Tengok sahaja keadaan jalan ini, bagaimana kami mahu gunakannya? Lubang ada di merata-rata. Kenderaan penduduk pun rosak,” katanya.

Dia berkata, walaupun panjang jalan hanya 6.8 kilometer, ia terbiar sejak merdeka, memaksa penduduk menggunakannya kerana tiada pilihan lain.

Advertisement
“Kesian anak-anak kami yang terpaksa berjalan dalam lumpur untuk ke sekolah. Begitu juga warga emas dan ibu mengandung yang perlu ke hospital mendapatkan rawatan,” katanya.

Ajip menambah, ramai penduduk masih menggunakan jalan berlumpur itu setiap hari dan mempersoal mengapa Kerajaan terus mengabaikan penderitaan mereka.

“Orang tetap melalui jalan ini walaupun keadaannya teruk. Adakah Kerajaan tidak prihatin terhadap penduduk yang tiada pilihan lain kecuali menggunakannya setiap hari?” soalnya.

Ketika musim tengkujuh, katanya, keadaan jalan menjadi lebih teruk sehingga memutuskan akses ke pekan, menyukarkan penduduk membeli makanan dan keperluan harian.

Dalam keadaan kecemasan, katanya, jalan rosak boleh melambatkan ketibaan pasukan bomba dan penyelamat, sekali gus meningkatkan risiko terhadap nyawa dan harta benda.

“Demi kepentingan semua, Kerajaan diharap menaik taraf jalan ini bagi memastikan akses lebih selamat dan mudah untuk semua penduduk,” katanya.

Ajip turut merayu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Datuk Ruslan Muharam, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, serta Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, supaya mengambil serius perkara ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here