Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
TYT pimpin ribuan jemaah dalam doa
Published on: Saturday, August 16, 2025
Published on: Sat, Aug 16, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
TYT pimpin ribuan jemaah dalam doa
Musa dan Hajiji turut hadir mengadakan solat hajat khas, bacaan tahlil dan doa untuk Allahyarhamah Zara Qairina di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Ribuan jemaah membanjiri Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, bagi menghadiri solat hajat khas, bacaan tahlil dan doa untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung malam Khamis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan menteri Kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Advertisement
Turut hadir ialah Speaker Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains) menetapkan agar semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan majlis tahlil dan doa pada malam Khamis bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jemaah mula memenuhi pekarangan masjid seawal jam 5 petang, datang dari sekitar bandar raya dan kawasan pinggirnya. 

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat, bacaan tahlil dan doa khas yang dipimpin Imam Besar Ustaz Suhaidi Kuanting.

Advertisement
Suasana hening dan sayu menyelubungi ruang solat ketika tahlil dibacakan, malah ada jemaah dilihat menitiskan air mata mengenang pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.

Pada masa sama, masjid dan surau di seluruh Sabah turut mengadakan solat dan doa seumpamanya sebagai tanda perpaduan rakyat dalam menuntut kebenaran dan keadilan.

Advertisement
Menurut penganjur, majlis itu bertujuan memohon agar urusan keluarga Allahyarhamah dipermudahkan serta mengurangkan trauma yang dialami pelajar lain. Bagi seorang jemaah, Mohd Nazrul Abdul Ali, 42, kehadiran besar-besaran itu membuktikan masyarakat bersatu dalam mencari keadilan buat Allahyarhamah.

“Dia seorang anak yang tidak bersalah, dan seluruh Sabah berdoa agar kebenaran terbongkar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here