Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Segera gubal undang-undang antibuli
Published on: Saturday, August 16, 2025
Published on: Sat, Aug 16, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Segera gubal undang-undang antibuli
Ruslan, yang juga wakil rakyat Lumadan, turut mencadangkan setiap sekolah mewajibkan surat ‘Aku Janji’ kepada semua pelajar sebagai langkah pertama menangani buli di institusi pendidikan.
BEAUFORT: Undang-undang antibuli perlu segera digubal agar garis panduan yang lebih jelas dan tegas dapat dilaksanakan, khususnya melibatkan perlindungan kepada mangsa buli, pemberi maklumat dan tindakan tegas kepada pelaku.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, langkah proaktif diperlukan bagi memastikan isu tragik yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir hingga menggemparkan seluruh negara baru-baru ini, tidak berulang.

Advertisement
Menurutnya, tragedi itu mencetuskan kegusaran kepada semua rakyat khususnya dalam kalangan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka di institusi pendidikan.

“Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat, menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan dan pihak sekolah mampu menjamin keselamatan anak-anak daripada menjadi mangsa buli.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, satu langkah proaktif perlu diambil dan saya mencadangkan supaya Undang-Undang Anti Buli digubal agar lebih tegas, menyeluruh dan berkuatkuasa dengan segera. Kita mahu hukuman tegas, prosedur laporan mudah dan perlindungan menyeluruh kepada pelajar,” katanya di Majlis Tahlil dan Doa Kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Masjid Daerah Beaufort, di sini, Khamis lalu.

Lebih 500 jemaah hadir terdiri daripada masyarakat setempat dan pelbagai agensi kerajaan dalam majlis yang diadakan serentak di semua masjid dan surau di seluruh Sabah sebagai tanda solidariti kepada Allahyarhamah Zara.

Advertisement
Ruslan, yang juga wakil rakyat Lumadan, turut mencadangkan setiap sekolah mewajibkan surat ‘Aku Janji’ kepada semua pelajar sebagai langkah pertama menangani buli di institusi pendidikan.

Di bawah ‘Aku Janji’ itu, setiap pelajar akan berjanji tidak akan membuli pelajar lain atau pun terlibat buli termasuk akan melaporkan kepada guru jika ada berlaku aktiviti tidak bermoral tersebut.

Advertisement
“Usaha awal ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan atau memberi peringatan kepada pelajar yang berniat untuk membuli agar tidak meneruskan niatnya itu kerana sudah terikat dengan ‘Aku Janji’ yang tegas.

“Pada masa sama, dapat mengembalikan kepercayaan ibu bapa terhadap tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah memandangkan isu buli ini berlaku di semua sekolah sejak sekian lama,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here