Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Langkah Kinabalu bukan gerakan saya: Shafie
Published on: Saturday, August 16, 2025
Published on: Sat, Aug 16, 2025
Text Size:
Text:
Langkah Kinabalu bukan gerakan saya: Shafie
Shafie mendakwa Langkah Kinabalu sebenarnya berlaku akibat pertelingkahan membabitkan Hajiji dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin.
Kuala Lumpur: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan Langkah Kinabalu untuk menjatuhkan Kerajaan Sabah yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor pada awal Januari 2023 bukan gerakan politiknya.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata adalah tidak berasas mengaitkan partinya terbabit dalam episod politik itu, yang didakwa Adun Kunak Norazlinah Arif telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Advertisement
Mengulas perkara itu, Shafie mendakwa Langkah Kinabalu sebenarnya berlaku akibat pertelingkahan membabitkan Hajiji dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin.

“Langkah Kinabalu bukan langkah saya. Tanyalah (mereka) pasal apa bergaduh? Kita (Warisan) jadi pembangkang,” katanya dalam temu bual FMT di Parlimen.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelum itu, FMT memetik Norazlinah, yang bersama Warisan ketika Langkah Kinabalu berlaku, berkata gerakan politik itu disifatkan pengkhianatan terbesar kepada rakyat Sabah yang mengharapkan pembelaan serta perpaduan seperti di Putrajaya.

Menurut bekas ketua Wanita Warisan itu, ramai ahli parti berkenaan sendiri kecewa yang berharap penyatuan pemimpin Sabah seperti kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

Advertisement
Bulan lalu, dalam satu program audio siar, Norazlinah dipetik berkata Langkah Kinabalu hanya untuk membolehkan pemimpin Warisan tertentu mendapat jawatan memandangkan parti itu dijanjikan antara empat atau lima kerusi Kabinet Sabah jika rampasan kuasa berkenaan berjaya.

Bagaimanapun, percaturan itu gagal apabila tidak mendapat sokongan mencukupi. Malah, enam Adun Umno menyokong Hajiji yang kedudukannya semakin kukuh.

Advertisement
Hajiji, yang dilantik ketua menteri pada September 2020, turut menerima sokongan daripada wakil rakyat GRS dan PH selain Warisan, termasuk Norazlinah.

Bung Moktar digugurkan daripada jawatan timbalan ketua menteri dan digantikan Adun Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya, satu daripada wakil rakyat BN mengekalkan sokongan kepada Hajiji.

Norazlinah keluar Warisan pada 6 Feb 2023.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here