Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mayat warga asing terdampar di tepi pantai Kota Belud
Published on: Sunday, August 17, 2025
Published on: Sun, Aug 17, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Mayat warga asing terdampar di tepi pantai Kota Belud
PENDUDUK berada di lokasi mayat itu ditemui.
KOTA BELUD: Mayat lelaki warga asing berusia 46 tahun ditemukan terdampar di tepi pantai di Kampung Rampayan Laut di sini, Sabtu.

Mangsa, dipercayai terjatuh ke laut ketika memancing ikan, ditemukan oleh orang awam pada jam 8.55 pagi, yang segera menghubungi pihak berkuasa.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa bukan warganegara tempatan dan dipercayai ke muara sungai berhampiran untuk memancing ikan, di mana perahunya dipercayai terbalik sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya, Sabtu.

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Advertisement
Shahrudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan menggesa saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here