Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Cabaran kritikal remaja masa kini. Kes kesihatan mental, obesiti dan penggunaan vape kian meningkat
Published on: Sunday, August 17, 2025
Published on: Sun, Aug 17, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Cabaran kritikal remaja masa kini. Kes kesihatan mental, obesiti dan penggunaan vape kian meningkat
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Abdul Marsudi Manah
Kota Kinabalu: Peningkatan kes masalah kesihatan mental, obesiti dan penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan remaja perlu ditangani segera bagi melindungi generasi masa depan negara, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Abdul Marsudi Manah.

Berucap pada Karnival Kesihatan Remaja Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu di SM Maktab Sabah, Sabtu, beliau berkata kesejahteraan remaja hari ini akan menentukan kejayaan negara pada masa hadapan.

Advertisement
“Seorang daripada 10 remaja di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, seorang daripada 10 mempunyai berat badan berlebihan atau obes, manakala data menunjukkan 20 peratus remaja berumur 13 hingga 17 tahun menggunakan rokok elektronik. Ini adalah cabaran kritikal yang memerlukan perhatian kolektif,” katanya.

Dr Marsudi menasihatkan golongan muda menjauhi tingkah laku sosial negatif seperti buli, penyalahgunaan dadah dan vape, sebaliknya mengamalkan nilai positif serta gaya hidup sihat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here