Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Perhimpunan solidariti tiada kaitan mana-mana parti politik’
Published on: Tuesday, August 19, 2025
Published on: Tue, Aug 19, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
‘Perhimpunan solidariti tiada kaitan mana-mana parti politik’
Hamid berkata beliau dan pasukannya menyokong penuh penganjuran perhimpunan itu, namun menasihatkan peserta supaya mematuhi undang-undang serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan aman tersebut.
Kota Kinabalu: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina menegaskan perhimpunan “Keadilan untuk Zara Qairina” yang sedang berlangsung tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pasukan tersebut, terdiri daripada Hamid Ismail dan Shahlan Jufri bersama empat lagi peguam, berkata perhimpunan solidariti itu dianjurkan demi menuntut keadilan buat Zara.

Advertisement
“Bagi mereka yang berniat menyertai perhimpunan solidariti dengan motif politik, saya mohon jangan datang. Solidariti ini adalah untuk Zara dan bukan untuk mana-mana parti politik.

“Saya menggesa penganjur menolak individu yang ingin menyampaikan ucapan berunsur politik,” kata Hamid pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah semangat perhimpunan ini adalah untuk memperingati Zara dan memastikan tumpuan kekal terhadap dirinya, bukannya kepentingan politik.

Hamid berkata beliau dan pasukannya menyokong penuh penganjuran perhimpunan itu, namun menasihatkan peserta supaya mematuhi undang-undang serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan aman tersebut.

Advertisement
Menurutnya, gelombang solidariti buat Zara di seluruh negara tidak akan berlaku sekiranya tiada kecuaian pada peringkat awal siasatan dan sekiranya bedah siasat dijalankan dengan sempurna.

Kes Zara terus menyentuh hati orang ramai, bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara.

Advertisement
Sebulan selepas Zara ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama sekolahnya di Papar, gerakan solidariti ini telah menghimpunkan ribuan orang di seluruh negara sebagai tanda perpaduan.

Kematian Zara turut mencetuskan gelombang solidariti awam dengan pemimpin negeri, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan menggesa siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan keadilan ditegakkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here