Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu Zara akan jadi saksi dalam inkues
Published on: Tuesday, August 19, 2025
Published on: Tue, Aug 19, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
 Ibu Zara akan jadi saksi dalam inkues
PASUKAN peguam bersama ibu Zara di rumahnya di Sipitang. Hamid sedang duduk di kiri.
Kota Kinabalu: Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, akan menjadi salah seorang saksi dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.

Peguam yang mengetuai pasukan undang-undang keluarga Zara, Hamid Ismail, memaklumkan perkara itu kepada media ketika ditanya mengenai saksi dalam prosiding berkenaan.

Advertisement
“Ibu Zara akan hadir di mahkamah sebagai saksi inkues. Kami juga akan dapat menyoal saksi sekiranya permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues diluluskan.

“Buat masa ini, status kami hanyalah sebagai pemerhati merangkap wakil undang-undang keluarga Zara,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di mahkamah pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hamid turut memaklumkan pasukannya akan memfailkan permohonan minggu ini untuk dimasukkan sebagai pihak berkepentingan serta meminta semua dokumen berkaitan diserahkan kepada mereka.

Menurutnya, mereka masih belum dimaklumkan jumlah saksi inkues, namun semua individu yang sebelum ini dipanggil polis akan turut dipanggil memberi keterangan.

Advertisement
“Antara individu yang dipanggil ialah pelajar dan guru,” jelasnya.

Ditanya mengenai ibu Zara, Hamid berkata Noraidah amat berpuas hati dengan jaminan Perdana Menteri bahawa tiada pihak akan terlepas daripada undang-undang.

Advertisement
Hamid menambah, Noraidah juga merayu kepada semua saksi, khususnya pelajar, supaya tidak takut tampil memberi keterangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here