Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 September
Published on: Tuesday, August 19, 2025
Published on: Tue, Aug 19, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 September
PEGAWAI dan pasukan pendakwaan yang akan mengendalikan prosiding inkues tersebut.
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Koroner Azreena Aziz menetapkan prosiding itu berlangsung mulai 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept serta 22 hingga 30 Sept.

Advertisement
Terdahulu, Pegawai Pengendali Mohd Fairus Johari yang juga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Ahad telah memohon agar siasatan kematian  Zara Qairina, 13 tahun.

Beliau berkata seramai 195 saksi terlibat dalam kes berkenaan, namun senarai akhir saksi akan dimuktamadkan sebelum prosiding bermula.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Azreena turut meminta agar senarai saksi berkenaan dimuktamadkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum prosiding dimulakan.

Turut bertindak sebagai Pegawai Pengendali ialah TPR Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Advertisement
Peguam pemerhati lain, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser, mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat.

Turut hadir memerhati prosiding ialah Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS), Datuk Mohamed Nazim Maduarin, manakala ibu Zara tidak hadir.

Advertisement
Selepas prosiding, Hamid memaklumkan kepada media bahawa pasukan peguam akan memfailkan permohonan minggu ini untuk terlibat secara langsung dalam inkues dan supaya semua dokumen berkaitan diserahkan kepada mereka.

Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan supaya inkues dijalankan bagi menentukan punca kematian Zara, termasuk sama ada wujud unsur jenayah.

Zara, 13, dilaporkan jatuh dari tingkat tiga SMK Agama Tun Mustapha di Papar pada 17 Julai lalu dan dipercayai menjadi mangsa buli.

Allahyarhamah ditemui tidak sedarkan diri di longkang sekolah pada jam 3 pagi sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here