Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Media berdaftar perlu diberi akses utama demi laporan tepat
Published on: Wednesday, August 20, 2025
Published on: Wed, Aug 20, 2025
Text Size:
Text:
Media berdaftar perlu diberi akses utama demi laporan tepat
Mariah berkata SJA juga menyatakan kebimbangan serius susulan laporan gangguan semasa sidang media inkues baru-baru ini, apabila seorang individu tidak dikenali turut berada bersama dengan media arus perdana.
Kota Kinabalu: Media berdaftar perlu diberi keutamaan bagi membuat liputan sidang media untuk memastikan laporan yang tepat, menurut Persatuan Wartawan Sabah (SJA) merujuk kepada liputan melibatkan kes Zara Qairina Mahathir.

Presiden SJA Mariah Doksil berkata hal ini kerana terdapat individu yang bukan wartawan atau pengamal media telah mengganggu liputan rasmi kes Zara Qairina dengan memasuki zon media dan kemudiannya membuat penstriman langsung yang sepatutnya untuk maklumat orang ramai, tetapi dijadikan cara untuk memperoleh keuntungan wang.

Advertisement
Beliau berkata SJA juga mengambil maklum bahawa dakwaan palsu seperti laporan salah mengenai prosiding undang-undang, telah tersebar daripada sumber tidak sahih, sekali gus menguatkan keperluan supaya akses sidang media mengutamakan media berdaftar.

“Keadaan ini menjejaskan kerja kewartawanan, etika media dan menimbulkan kekeliruan. Kami menggesa penguatkuasaan lebih ketat untuk melindungi wartawan yang sedang bertugas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“SJA juga menggesa pihak berkuasa untuk menguatkuasakan kawalan akses di kawasan sensitif seperti mahkamah, dan melarang rakaman di kawasan yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan akses media terganggu,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Mariah berkata SJA juga menyatakan kebimbangan serius susulan laporan gangguan semasa sidang media inkues baru-baru ini, apabila seorang individu tidak dikenali turut berada bersama dengan media arus perdana.

Advertisement
Menurut persatuan itu, dua wartawan wanita melaporkan mereka berasa tidak selamat apabila individu terbabit berdiri terlalu dekat dengan mereka.

“SJA menyeru semua pihak supaya menghormati standard kewartawanan dan batasan undang-undang, laporan yang bertanggungjawab, tidak disensasikan, adalah yang terbaik demi kepentingan awam dan keadilan,” katanya.

Advertisement
Isnin lepas, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan 3 Sept untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar tingkatan satu itu.

Pada hari yang sama, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu hari ini (Rabu) berhubung kes buli itu.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai lepas dan meninggal dunia keesokannya di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here