Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pembangunan belia antara tonggak Hala Tuju Sabah Maju Jaya: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, August 20, 2025
Published on: Wed, Aug 20, 2025
Text Size:
Text:
Pembangunan belia antara tonggak Hala Tuju Sabah Maju Jaya: Ketua Menteri
HAJIJI (enam dari kiri) menyampaikan geran kepada wakil belia.
PUTATAN: Pembangunan belia dimasukkan sebagai salah satu tonggak pembangunan negeri dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada komitmennya untuk terus menjaga kepentingan belia di Sabah.

Advertisement
“Belia bukan sekadar penerima manfaat, tetapi juga ejen perubahan. Dalam dunia yang penuh cabaran, golongan muda mesti menjadi pemimpin keharmonian masyarakat, penjaga warisan budaya serta penyokong kemajuan teknologi,” katanya.

Berucap pada Program Anak Muda di Dewan Sri Putatan di sini, Ahad lepas, Hajiji menegaskan kerajaan negeri telah merangka pelbagai inisiatif untuk belia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mesti memahami keperluan mereka dan kita akan terus merangka pelan untuk golongan belia,” katanya.

“Bagi tempoh 2021–2025, sebanyak 14 inisiatif baharu telah diperkenalkan melibatkan peruntukan RM164.14 juta, yang memberi manfaat kepada 210,918 pelajar,” ujarnya.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk geran belia, latihan kemahiran serta program inovasi dan keusahawanan bagi memastikan anak muda Sabah mempunyai platform untuk berkembang.

“Hari ini, penyerahan Geran Program Anak Muda berjumlah RM300,000 adalah bukti komitmen kita menyokong idea dan projek yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Advertisement
“Gunakanlah geran ini sebaik mungkin untuk melaksanakan program yang membawa manfaat kepada belia di kawasan masing-masing,” katanya.

Geran tersebut akan diagihkan kepada NGO belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dalam Parlimen Putatan.

“Pembangunan Sabah tidak akan berjaya sekiranya generasi muda tidak diberikan ruang, peluang dan sokongan kukuh untuk berkarya, berinovasi dan memimpin,” jelasnya.

Hajiji turut mengingatkan golongan belia supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan pembohongan yang disebarkan pihak pembangkang di media sosial.

Dalam majlis sama, beliau menyaksikan penyerahan warta Tanah Perkuburan Taman Sempelang, Sembulan daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Yang Dipertua Muis, Datuk Yahya Hussin.

Terdahulu, Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, melawat tapak pembinaan Rumah Mesra SMJ untuk mangsa kebakaran di Kampung Petagas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here