Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jambatan rosak, usang di Tanjung Aru Lama dibaiki
Published on: Wednesday, August 20, 2025
Published on: Wed, Aug 20, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jambatan rosak, usang di Tanjung Aru Lama dibaiki
RITCHIE (kanan) turut bersama dalam gotong- royong itu.
Kota Kinabalu: Kebimbangan sekian lama penduduk di Kampung Tanjung Aru Lama berakhir apabila laluan utama jambatan yang rosak dan uzur dibaiki.

Kerja pembaikan dilaksanakan secara gotong-royong bersama penduduk menerusi inisiatif kerja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tanjung Aru, dan diketuai Ahli Jawatankuasa Dr. Ritchie Jay Cheng

Advertisement
Katanya, inisiatif itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin memandangkan kondisi jambatan yang amat kritikal dan hampir roboh.

“Kita menerima aduan daripada penduduk mengenai kondisi jambatan yang rosak kritikal dan berisiko roboh bila-bila masa hingga membahayakan pengguna khususnya anak-anak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tanpa berlengah kita menghulurkan keperluan bantuan untuk baik pulih jambatan ini yang dilaksanakan secara gotong-royong di antara PGRS Tanjung Aru dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui, di sini, Isnin.

Ritchie yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berkata, usaha murni itu merupakan antara kerja-kerja kebajikan dilaksanakan PGRS Bahagian Tanjung Aru untuk membantu penduduk.

Advertisement
Katanya, ia juga selari dengan hala tuju parti khususnya agenda sosial kerajaan negeri menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here