Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tiada pencatutan, harga barang di bawah Sara terkawal
Published on: Sunday, September 21, 2025
Published on: Sun, Sep 21, 2025
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
Tiada pencatutan, harga barang di bawah Sara terkawal
DR Fuziah (tengah) memeriksa harga barangan yang dipamerkan di bawah MySara.
Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh, memberi jaminan bahawa harga barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) masih terkawal, susulan kebimbangan orang ramai mengenai dakwaan pencatutan.

Beliau berkata, dari 1 hingga 19 Sept lalu, sebanyak 22 aduan diterima di seluruh negara dengan hanya satu kes daripada Sabah.

Advertisement
“Majoriti aduan diterima dari Selangor iaitu sembilan kes, manakala negeri lain antara satu hingga dua kes. 

“Aduan paling biasa berkaitan harga lampin bayi dan telur. Namun selepas siasatan, kami dapati tiada elemen pencatutan dan harga masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di dua pasar raya di sini bersama pegawai penguatkuasa KPDN.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Fuziah menjelaskan kekeliruan sering timbul apabila pengguna membeli barangan promosi.

“Ada kalanya mereka beli barangan pada harga promosi sehari, kemudian mendapati harga meningkat pada hari berikutnya selepas promosi tamat. Ini bukan pencatutan, sebaliknya berakhirnya tempoh promosi yang jelas tertera pada papan tanda harga,” katanya.

Advertisement
Menurut beliau, pemantauan KPDN mengesahkan tiada elemen pencatutan di Sabah, malah bekalan barangan keperluan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna di seluruh negeri.

Beliau menggesa orang ramai menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN, bukan hanya meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Advertisement
“Jika aduan tidak sampai kepada kami melalui saluran yang betul, sukar untuk pegawai penguatkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan. Kami perlu tahu kedai mana dan lokasi mana untuk membuat susulan,” katanya.

Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Dr Fuziah berkata ramai peserta tidak sedar mereka juga layak menerima bantuan bulanan MySara.

“Baru-baru ini ada yang terkejut apabila mendapati baki dalam MyKad mereka berjumlah RM500 ketika membuat semakan di kaunter jualan. Ini menunjukkan mereka tidak tahu mereka layak,” katanya.

Kategori layak menerima bantuan MySara bulanan termasuk isi rumah miskin tegar dan miskin, warga emas tinggal bersendirian dan individu bujang, dengan sesetengah keluarga menerima sehingga RM200 sebulan dari April hingga Disember.

“Rugi jika hampir lapan juta penerima yang layak tidak menuntut bantuan yang disediakan kepada mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai banjir dan tanah runtuh di Sabah baru-baru ini, beliau berkata peranan KPDN adalah memastikan bekalan barangan keperluan tidak terputus.

“Pengedar telah ditetapkan mengikut zon, jadi apabila berlaku bencana, pengedar terdekat akan mengambil alih untuk memastikan bekalan tidak terganggu,” katanya sambil menambah bakul makanan Rahmah sumbangan rakan runcit juga telah diagihkan kepada mangsa di kawasan terjejas.

Dr Fuziah menegaskan komitmen KPDN untuk memperkukuh penguatkuasaan serta pemantauan demi melindungi pengguna.

“Kami akan terus memelihara integriti pasaran, memastikan harga stabil dan hak pengguna dilindungi. Jika ada kenaikan harga tanpa justifikasi, tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (PCAPA),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here