SANDAKAN: Pendidikan perlu terus menjadi tunjang utama dalam kemajuan sesebuah masyarakat.
Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata perkara sama turut ditekankan melibatkan masyarakat kawasan Batu Sapi.
“Oleh sebab itu kita terus berusaha memastikan anak-anak tidak tercicir menerima pendidikan.
“Kita juga sangat menghargai jasa ibu bapa dan guru yang terus berusaha untuk memastikan perkembangan pembelajaran anak-anak berada pada tahap terbaik,” katanya.
Advertisement





