Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Persatuan Masyarakat Murut Sipitang anjur pertandingan lagu Murut 6 Disember
Published on: Friday, October 24, 2025
Published on: Fri, Oct 24, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Persatuan Masyarakat Murut Sipitang anjur pertandingan lagu Murut 6 Disember
Kota Kinabalu: Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) akan menganjur Pertandingan Lagu Tradisional Murut 2025 Dewan Kampung Melamam, Sipitang pada 6 Disember, tahun ini.

Pertandingan tertutup untuk daerah Sipitang itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu  dewasa dan kanak-kanak, menurut setiausahanya Wynda Ambilit.

Advertisement
Johan untuk kategori dewasa akan menerima wang tunai RM1,000, naib johan (RM800), tempat ketiga (RM500) manakala peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima RM200 dan sijil.

Bagi pemenang kategori kanak-kanak, johan, naib johan dan tempat ketiga akan menerima wang tunai RM800, RM500, dan RM400 sementara tempat keempat dan kelima akan menerima RM100 dan sijil, masing-masing. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Wynda memberitahu, tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Disember manakala acara saringan akan diadakan pada 5 Disember dan peringkat akhir bakal berlangsung pada 6 Disember.

“Pada pertandingan akhir, tiket bertuah percuma juga disediakan kepada pengunjung dan selain terdapat persembahan artis-artis jemputan,” tambahnya.

Advertisement
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Lizieana di 014-6050250 dan Aivy 014-7047045. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here