Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Kementerian Kesihatan Malaysia siap sedia hadapi risiko influenza ketika musim PRN17
Published on: Saturday, October 25, 2025
Published on: Sat, Oct 25, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Kementerian Kesihatan Malaysia siap sedia hadapi risiko influenza ketika musim PRN17
DR Dzulkefly ketika lawatan ke Klinik Desa Sungai Imam pada Rabu lepas.
TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiap sedia menghadapi musim Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bulan hadapan, terutamanya berkaitan risiko penularan virus Influenza A jenis H3N2.

Berdasarkan perkembangan semasa, data konsultasi epidemiologi pada minggu ke-42 pemantauan virus itu dilakukan di Sabah menyaksikan seramai 1,744 orang tampil mendapatkan khidmat Influenza - Like Illness (ILI) atau penghidap gejala-gejala selesema. 

Advertisement
Angka terbabit turut menyumbang kepada peningkatan data jumlah ILI terkini di seluruh negara iaitu sebanyak 9.68 peratus atau seramai 13,408 orang pada minggu ke-42 berbanding 9.21 peratus pada minggu ke-41.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beberapa pendekatan untuk memastikan penularan virus H3N2 dapat ditangani dengan berkesan sudah dan akan dijalankan menerusi penyediaan klinik-klinik sentinel di lokasi yang sudah dikenal pasti.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kementerian sedar akan keperluan membuat persediaan dan pemantauan seperti melalui klinik sentinel di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Manggatal, Lahad Datu, Membakut, Luyang, Tandek dan Kota Merudu”, katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Dr Dzulkefly berkata KKM juga sebenarnya sudah membuat persiapan dari segi perkhidmatan untuk memantau trend penyakit pernafasan terhadap golongan yang dikategorikan sebagai ILI atau penghidap gejala-gejala selesema.

Advertisement
“Mereka yang dikategorikan sebagai ILI dipantau setiap hari terutama terhadap mereka yang disyaki menghidap jangkitan pernafasan akut seperti di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu serta di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas).

“Kita sudah membuat persiapan termasuk mengenalpasti data atau jumlah mereka yang terdedah dengan risiko dijangkiti H3N2 kerana kesiapsiagaan sebegini sangat mustahak untuk kita utamakan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya langkah mengukuhkan pemantauan genomik membabitkan penelitian perubahan bahan genetik bagi sesuatu patogen seperti virus, bakteria atau kulat turut dilakukan dari masa ke semasa dengan menggabungkan data genetik dan data epidemiologi untuk memahami jangkitan merebak dan berevolusi.

Beliau berkata pemantauan itu juga dilakukan bertujuan untuk mengesan lebih awal sekiranya wujud kehadiran wabak yang lebih ganas namun virus H3N2 disifatkannya sebagai penyakit selesema (flu) bermusim yang menyerang manusia. 

“Virus H3N2 tidak terlalu ganas seperti flu yang lain tetapi kadang cenderung bermutasi atau berubah dengan cepat berbanding jenis flu yang lain justeru kita perlu memastikan kanak-kanak, orang tua dan individu berisiko tinggi diberikan rawatan segera jika mengalami gejala berlarutan,” katanya.

Mengulas lanjut KKM juga akan memberikan tumpuan terhadap pengurusan kluster jika timbul di samping penyediaan bekalan ubat-ubatan, antivirus, cecair, dan vaksinasi influenza yang mencukupi bukan hanya di Sabah, tetapi di seluruh negara.

Tambahnya pengundi yang hendak mengundi kelak diharap dapat menerapkan amalan memakai penutup muka sebagai langkah berjaga-jaga jika batuk atau bersin manakala mereka yang mengalami gejala flu terutamanya kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah.

“Pada masa sama KKM akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan H3N2 ini di seluruh negara termasuk Sabah dan kalau situasi memerlukan kita akan mengambil langkah lain yang difikirkan perlu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here