Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
DBKK terima pengiktirafan Smart City Early Adopter
Published on: Wednesday, October 29, 2025
Published on: Wed, Oct 29, 2025
Text Size:
Text:
DBKK terima pengiktirafan Smart City Early Adopter
Lifred dan kakitangan DBKK selepas menerima anugerah tersebut.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima pengiktirafan Smart City Early Adopter 2025 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, pada Selasa.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Advertisement
DBKK merupakan salah satu daripada 27 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia yang telah menerima pengiktirafan di bawah Anugerah Penarafan Smart City Malaysia 2025.

Anugerah ini diterima oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Sr Lifred Wong, mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya Tantinny Fung Chew Li dan pegawai daripada Jabatan Perancangan Bandaraya DBKK.

Pengiktirafan ini diberi atas dasar komitmen dan usaha berterusan dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar yang menyokong pembangunan mampan, kecekapan perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti bandar raya.

Advertisement
Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih DBKK dalam menjayakan agenda pembangunan bandar pintar serta peranan aktif DBKK sebagai peneraju inisiatif bandar pintar di Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here