Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Serene Blaze menang pertandingan bola jaring antara zon di Sipitang
Published on: Wednesday, October 29, 2025
Published on: Wed, Oct 29, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Serene Blaze menang pertandingan bola jaring antara zon di Sipitang
PASUKAN Serene Blaze.
SIPITANG: Pasukan Serene Blaze dari Zon Timur muncul juara Kejohanan Bola Jaring Antara Zon sempena Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berempah (SMKPB) di sini, Sabtu lalu.

Pasukan Southern Storm dari Zon Selatan di tempat kedua manakala pasukan Cicada dari Zon Barat menduduki tempat ketiga.

Advertisement
Pada hari sama, pasukan gabungan Zon Utara dan Zon Selatan menjuarai kejohanan bola sepak, sementara Zon Timur muncul naib juara. Perlawanan itu diadakan di Padang Majlis Daerah Sipitang (MDS).

Jurucakap penganjur berkata kejohanan anjuran EDU Sipitang itu melibatkan penyertaan tiga zon dan bertujuan memilih pemain yang akan mewakili Sipitang ke peringkat negeri PSKPPS, yang melibatkan semua warga Kementerian Pendidikan termasuk guru serta kakitangan bukan mengajar di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pemain yang terpilih akan mewakili Sipitang pada PSKPPS peringkat negeri yang dijadual berlangsung di Beaufort dari 12 hingga 16 November tahun ini.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here