Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Sabah fokus perkasa pengurusan buaya
Published on: Friday, October 31, 2025
Published on: Fri, Oct 31, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah fokus perkasa pengurusan buaya
SEEKOR buaya ditembak mati di Lahad Datu tahun lalu selepas membaham seorang pekerja ladang. Mohd Soffian (kanan).
Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) merancang untuk memberi tumpuan kepada konsultasi, latihan dan penyediaan peralatan sesuai bagi pengurusan buaya di kawasan berpenduduk padat dan berisiko tinggi.

Pengarah JHL Sabah Mohd Soffian Abu Bakar berkata pihaknya juga memberi kebenaran kepada agensi penguatkuasaan yang mempunyai lesen senjata api untuk melaksanakan pengurangan populasi buaya di lokasi terpilih, mengikut keperluan dan tahap ancaman di setiap daerah.

Advertisement
“Selain pengeluaran lesen memburu, beberapa langkah lain turut dirancang dan akan dilaksanakan. Antaranya termasuk melaksanakan program kesedaran awam mengenai langkah keselamatan dan cara mengelak daripada menjadi mangsa serangan buaya.

“Kami juga akan melatih komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi untuk melaksanakan aktiviti mitigasi buaya termasuk kaedah pemantauan secara berkesan,” katanya kepada Bernama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mohd Soffian berkata JHL Sabah sentiasa mengambil maklum kebimbangan masyarakat berhubung kekerapan kemunculan reptilia itu di kawasan penduduk dengan langkah yang telah digariskan akan membantu mengatasi konflik antara manusia dan hidupan liar.

Beliau berkata JHL membuka lesen memburu buaya sepanjang tahun, namun hanya 25 lesen memburu komersial dikeluarkan dalam tempoh setahun.

Advertisement
“Langkah ini sejajar dengan usaha JHL memastikan pemburuan dan penternakan dijalankan secara terkawal dan berteraskan prinsip pemuliharaan serta penggunaan lestari sumber hidupan liar di Sabah,” katanya.

Mohd Soffian berkata sambutan orang ramai untuk memohon lesen memburu komersial buaya juga rendah kerana permintaan dalam negeri terhadap hasil buaya yang kurang menggalakkan.

Advertisement
Aktiviti pemburuan buaya di Sabah dibenarkan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan sejak itu, JHL Sabah melaksanakan kawalan ketat terhadap pengeluaran lesen memburu serta permit penternakan buaya.

Kawalan ketat ini dibuat kerana ketika itu buaya tembaga masih tersenarai dalam Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam (CITES).

Di bawah CITES, perdagangan antarabangsa buaya masih tidak dibenarkan kecuali dari ladang penternakan buaya yang berdaftar dengan Sekretariat CITES.

Mohd Soffian berkata rekod terkini populasi buaya di Sabah yang dibuat melalui penyelidikan bagi tujuan penemuan tidak memudaratkan (NDF) yang dilaksanakan antara 2020 hingga 2023 menganggarkan reptilia itu berjumlah kira-kira 2,500 ekor sahaja.

Beliau berkata kajian itu melibatkan 10 batang sungai utama di Sabah, iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Paitan di Sandakan, Sungai Padas dan Sungai Klias (Beaufort), Sungai Silabukan dan Sungai Segama (Lahad Datu), Sungai Bengkoka (Pitas), Sungai Labuk (Beluran), Sungai Serudong (Tawau) dan Sungai Kalumpang di Semporna.

Menurut beliau, kes serangan buaya terhadap manusia di Sabah pada tahun ini mencatatkan sebanyak 11 kematian dan dua kecederaan.

Pada 23 Sept lepas, media melaporkan seorang remaja lelaki cedera parah apabila kaki kirinya putus selepas dibaham buaya ketika memancing berhampiran Klinik Kesihatan Kimanis.

Sebelum itu, pada 15 Julai lepas, seorang lelaki maut dipercayai menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Taman Kenari, Sandakan.

Lokasi kejadian dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi kerana pernah berlaku beberapa kes serangan buaya sebelum ini, termasuk insiden terakhir pada September 2022 apabila hanya kepala seorang lelaki ditemukan selepas dipercayai dibaham buaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here