Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
MP gesa bina kolej komuniti di Sipitang
Published on: Friday, October 31, 2025
Published on: Fri, Oct 31, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
MP gesa bina kolej komuniti di Sipitang
“Pembangunan TVET di Sabah amat perlahan dengan projek baharu agak terhad dalam tempoh hampir satu dekad. Justeru, sudah tiba masanya Sipitang diberi peluang itu,” katanya ketika perbahasan ke atas Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa lepas.
SIPITANG: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran menimbang secara serius untuk membina sebuah Kolej Komuniti di daerah Sipitang.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata pembinaan kolej berkenaan penting bagi membangunkan modal insan dalam kalangan anak-anak tempatan.

Advertisement
Katanya, kerajaan perlu menyediakan ruang pendidikan kemahiran kepada anak-anak di luar bandar, agar mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.

“Di Parlimen Sipitang, hasrat untuk membangunkan kolej komuniti bukan cerita baharu. Ia telah disebut sejak RMK-10, terus bergema di RMK-11 dan RMK-12, namun belum menjadi kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pembangunan TVET di Sabah amat perlahan dengan projek baharu agak terhad dalam tempoh hampir satu dekad. Justeru, sudah tiba masanya Sipitang diberi peluang itu,” katanya ketika perbahasan ke atas Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa lepas.

Matbali berkata Sipitang bukan hanya sebuah daerah kecil di hujung peta, kawasan ini juga adalah pintu selatan Sabah yang bersempadan dengan Sarawak dan Brunei Darussalam.

Advertisement
Menurutnya, di daerah ini terletaknya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) sebagai nadi baharu ekonomi namun, sehingga kini tiada satu pun kolej komuniti yang beroperasi sedangkan keperluan kemahiran semakin mendesak.

“Anak-anak muda Sipitang terpaksa berulang alik jauh ke Beaufort dan Tenom, menempuh perjalanan 60 hingga 90 kilometer, hanya untuk mengikuti program kemahiran yang akhirnya ramai ‘kecundang’ bukan kerana tiada minat, tetapi kerana jarak dan kekangan,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Matbali membangkit keperluan untuk penambahan aset dan logistik bagi Angkatan Pertahanan Awam (APM) khususnya di daerah Beaufort yang telah melaksanakan peranan proaktif ketika bencana banjir, baru-baru ini.

Katanya, daerah Beaufort yang sebahagiannya dalam kawasan Parlimen Sipitang merupakan salah satu daerah di Sabah yang sering terdedah banjir sejak sekian lama.

Menurutnya, sejarah menunjukkan beberapa kejadian banjir besar telah berlaku, antaranya pada 2014, 2017, 2021 dan 2023 yang menyaksikan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan serta banyak kawasan terputus hubungan darat dan komunikasi.

“Kita berharap kerajaan mengambil langkah proaktif ke arah memperkukuh lagi APM sebagai benteng keselamatan rakyat dan simbol kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan.

“Untuk itu, saya berharap agar APM secara keseluruhannya diberikan perhatian sewajarnya, serta peruntukan dapat ditambah bagi memastikan penambahan aset dan logistik dapat dilaksanakan dan kenderaan sedia ada dapat diselenggara dengan baik.

“Saya juga berharap isu penjawatan dalam APM dapat diperhalusi semula, khususnya yang melibatkan gred jawatan Pengarah Negeri dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah.

“Hal ini penting supaya pegawai APM yang berprestasi cemerlang dan berkualiti diberikan peluang kenaikan pangkat yang sewajarnya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here