Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
PKR intai dua kerusi di Sandakan
Published on: Saturday, November 01, 2025
Published on: Sat, Nov 01, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
PKR intai dua kerusi di Sandakan
Mustapha berkata, perkara utama ialah memastikan calon yang akan diketengahkan benar-benar memahami agenda reformasi dan transformasi di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri.
SANDAKAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyasarkan untuk bertanding di dua kerusi di Sandakan pada Pilihan Raya Negeri akan datang, iaitu di Gum-Gum dan Karamunting.

Ketua PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata dua kerusi itu dianggap mencukupi, masing-masing mewakili komuniti Bumiputera Islam dan komuniti Cina di kawasan berkenaan.

Advertisement
“Untuk Sandakan, setakat ini kita ada dua kerusi — Gum-Gum dan Karamunting — itu sudah cukup,” katanya pada satu majlis di Batu 8, di sini, Jumaat.

Mustapha berkata, perkara utama ialah memastikan calon yang akan diketengahkan benar-benar memahami agenda reformasi dan transformasi di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata senarai calon hanya akan dimuktamadkan pada hari penamaan calon.

“Semuanya hanya akan dimuktamadkan pada hari penamaan calon, tetapi kita akan bertindak secara proaktif. Dalam politik, perubahan adalah sesuatu yang biasa,” katanya.

Advertisement
Mustapha turut menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua kerusi berkenaan mampu dimenangi sekiranya semua ahli parti kekal bersatu dan sepakat menjelang pilihan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here