RANAU: Polis menafikan dakwaan adanya insiden membabitkan individu digelar “pengait” (pemburu kepala) yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Polis Ranau berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap hantaran media sosial berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan berlaku di daerah ini. Keadaan adalah terkawal dan selamat,” menurut polis Ranau dalam kenyataan, Khamis.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta sentiasa merujuk kepada sumber rasmi sebelum menyebarkan maklumat.
Sekiranya berlaku sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan berkaitan jenayah, salah laku atau dadah, orang ramai diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada talian 088-875222 atau melaporkannya di balai polis terdekat.