Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Lelaki mengaku salah rogol adik kandung
Published on: Saturday, November 01, 2025
Published on: Sat, Nov 01, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki mengaku salah rogol adik kandung
Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta tidak kurang daripada 10 kali sebatan rotan.
Kota Kinabalu: Seorang kelindan lori berumur 23 tahun yang didakwa merogol adik kandungnya empat tahun lalu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal, pada Jumaat.

Bagaimanapun, hukuman terhadapnya ditangguhkan ke 4 November ini.

Advertisement
Lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun empat bulan, pada Disember 2021, kira-kira jam 8 malam di rumah pekerja di Putatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta tidak kurang daripada 10 kali sebatan rotan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lelaki itu diperintahkan direman lanjut susulan permohonan oleh pendakwaan. 

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir membantah ikat jamin atas alasan tertuduh tinggal serumah dengan mangsa dan kejadian itu juga berlaku di rumah berkenaan.

Advertisement
Fazriel berkata terdapat kemungkinan tinggi tertuduh akan mengganggu saksi pendakwaan, khususnya mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement
Sementara itu, lima lelaki dan seorang wanita masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini secara haram.

Keenam-enam pendatang tanpa izin berusia antara 25 hingga 46 tahun itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Mereka ditangkap di beberapa lokasi berbeza di sekitar bandaraya baru-baru ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Mahkamah memerintahkan mereka bermula dari tarikh mereka masing-masing ditangkap.

Selepas menjalani hukuman, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here