Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Pembahagian kerusi BN-PH hampir selesai 
Published on: Sunday, November 02, 2025
Published on: Sun, Nov 02, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pembahagian kerusi BN-PH hampir selesai 
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata hampir 65 hingga 70 peratus isu pembahagian kerusi sudah dikenal pasti, namun masih terdapat kawasan di mana kedua-dua pihak berhasrat untuk bertanding.
SANDAKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata rundingan pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dimuktamadkan pada perjumpaan esok dan lusa (Isnin dan Selasa). 

“Keputusan mengenai kerusi belum ada apa-apa lagi. Insya-Allah kita akan berjumpa pada 3 dan 4 Nov dengan kepimpinan parti untuk berbincang. 

Advertisement
“Makin lama tertangguh, makin risau penyokong kita di bawah,” katanya. 

Tegasnya lagi Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempunyai sebarang gabungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setakat ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata hampir 65 hingga 70 peratus isu pembahagian kerusi sudah dikenal pasti, namun masih terdapat kawasan di mana kedua-dua pihak berhasrat untuk bertanding.

“Isunya dua-dua pihak mahu bertanding di beberapa kawasan tertentu. Jadi kita perlu selesaikan perkara ini dengan cara terbaik,” katanya. 

Advertisement
Beliau turut mengingatkan bahawa semua pihak perlu berpijak di bumi nyata dan tidak terlalu awal membuat dakwaan mengenai calon Ketua Menteri.

“Sekarang semua orang mendakwa boleh jadi Ketua Menteri, tapi realitinya hanya akan diketahui selepas pilihan raya,” katanya.

Advertisement
Bung ditemui media semasa menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa di Libaran pada Sabtu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here