KIULU: Jalan pertanian yang dibina dan ditambah baik menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi luar bandar khususnya memberi manfaat kepada petani tempatan di Kiulu.
Penduduk setempat Joyrul Somudin dari Kampung Balabakan berpendapat usaha berkenaan mula memberi kesan positif kepada komuniti setempat bagi pengurusan tanaman padi bukit dan tanaman atas air.
Joyrul berkata dia turut menggunakan aliran air di kawasan kebun untuk membina kolam ikan sebagai sebahagian daripada aktiviti pertanian selepas jalan pertanian dibuka.
“Sekarang lebih mudah untuk kami menguruskan tanaman dan hasil selain memberi semangat kepada petani untuk menjalankan kerja harian di kebun.
Advertisement





