Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Lelaki curi rim kereta di penjara 12 bulan
Published on: Tuesday, November 04, 2025
Published on: Tue, Nov 04, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki curi rim kereta di penjara 12 bulan
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin ekoran mencuri rim kereta.

Juruelektrik Joenathan Junior mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas tuduhan mencuri rim milik Nur Shafiezzah Maskir Abdullah di sebuah rumah di Kampung Kionsom, Inanam pada jam 11 pagi, 22 Oktober lalu.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengadu mendapati tiga biji rim kereta jenis Honda Accord miliknya hilang dari rumah dan mengesyaki ia telah dicuri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hasil semakan rakaman CCTV jiranya pengadu melihat seorang lelaki yang kemudian dikenal pasti sebagai Joenathan sedang mengambil rim tersebut.

Apabila diminta memulangkanya tertuduh enggan memberi kerjasama.

Advertisement
Bertindak atas laporan polis yang dibuat oleh pengadu Joenathan ditangkap pada 23 Oktober.

Peguam bela bertugas Carmen Khoo yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya insaf, sudah berkahwin serta mempunyai dua anak dan isterinya kini hamil lima bulan.

Advertisement
Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pengajaran.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan.

Sementara itu dalam kes berasingan di mahkamah sama seorang lelaki warga Filipina tanpa dokumen berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Ariffin Abdul Rasa didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 43 tahun pada jam 1.30 petang, 24 Oktober lalu di sebuah bilik sewa di sebuah bangunan di Asia City.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Januari untuk sebutan semula kes dan menolak jaminan kerana tertuduh tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here