Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Program Pembuatan Linangkit perkasa komuniti, pelihara budaya
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
Text Size:
Text:
Program Pembuatan Linangkit perkasa komuniti, pelihara budaya
PESERTA bengkel bersama tenaga pengajar dan ahli projek di hadapan Walai Mitapus Kiau, Kota Belud.
Kota Kinabalu: Program Peningkatan Kemahiran Pembuatan Linangkit, Pakaian Tradisi dan Aksesori Etnik Komuniti Tertumpu Kampung Kiau, Kota Belud berjaya memperkasa komuniti setempat dalam usaha memelihara warisan budaya masyarakat Dusun melalui penguasaan kemahiran seni sulaman tradisional Linangkit.

Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Ecocampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Debbra Toria Nipo berkata matlamat utama program itu adalah bagi mengekalkan seni Linangkit sebagai identiti budaya tempatan di samping memperkasa komuniti melalui latihan kemahiran dan peluang ekonomi baharu.

Advertisement
“Program ini bukan sekadar memperkenalkan semula seni pembuatan Linangkit tetapi turut membuka ruang kepada wanita serta belia tempatan untuk menjana pendapatan melalui hasil tangan sendiri.

“Inisiatif ini juga selaras dengan nilai-nilai Malaysia Madani khususnya dalam aspek kemampanan melalui pemulihan dan kesinambungan amalan budaya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tambah Debbra inisiatif itu turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui latihan praktikal dan perkongsian ilmu dalam pembuatan Linangkit serta SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari melalui pengukuhan identiti komuniti, perpaduan, dan pemindahan ilmu antara generasi.

Program yang berlangsung di Walai Mitapus Kiau, Kampung Kiau mendapat sambutan menggalakan daripada komuniti setempat khususnya golongan wanita dan belia yang menunjukan minat tinggi dalam mempelajari teknik pembuatan pakaian tradisional dan aksesori etnik.

Advertisement
Pelaksanaan program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Pendayaan Komuniti @ UniMadani yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dan keusahawanan masyarakat luar bandar. 

Dalam pada itu Debbra berkata kejayaan pelaksanaan program terbabit diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif komuniti lestari yang menggabungkan elemen warisan budaya, pendidikan, dan keusahawanan di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here