Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM
Shahrin (kanan) bersama Siti Nurhaliza (kiri) selepas majlis penyerahan surat pelantikan itu, pada Khamis. – fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik Profesor Adjung Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang keusahawanan  yang berjaya membina empayar perniagaan tersendiri.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata pelantikan Siti Nurhaliza, 46, selama dua tahun bermula 15 Okt 2025 hingga 15 Okt 2027 itu adalah antara langkah signifikan UiTM dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti.

Advertisement
Beliau berkata pelantikan Siti Nurliza juga merupakan pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besar penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu bukan sahaja sebagai ikon seni negara tetapi juga sebagai usahawan wanita berdaya saing.

“Kejayaannya menampilkan kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam perniagaan serta mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan muda dan mahasiswa di seluruh negara,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM di Bangunan Tuanku Canselori Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Siti Nurhaliza hari ini menerima surat pelantikan Jawatankuasa berkenaan daripada Shahrin disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Profesor Dr Shafinar Ismail.

Advertisement
Shahrin berkata UiTM amat berbangga menerima penyanyi nombor satu negara itu sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti dan pelantikan beliau bukan sahaja mengiktiraf kejayaannya dalam industri kreatif dan keusahawanan, tetapi juga menandakan permulaan baharu dalam kolaborasi antara dunia akademik dan industri.

"Pelantikan ini memperkukuh ekosistem keusahawanan UiTM dan membuka ruang kepada pelajar untuk menimba ilmu terus daripada tokoh yang telah membina empayar perniagaan dengan nilai, kejujuran dan ketekunan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Siti Nurhaliza menzahirkan rasa berbesar hati menerima pelantikan tersebut serta terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh UiTM.

“Keusahawanan bagi saya bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang nilai, kejujuran dan tanggungjawab sosial. Saya berharap dapat berkongsi pengalaman sebenar dunia perniagaan agar pelajar memahami bahawa kejayaan datang daripada usaha gigih, kesungguhan dan keikhlasan," katanya.

Siti Nurhaliza akan memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dan warga akademik melalui perkongsian pengalaman sebenar dunia keusahawanan, termasuk sesi masterclass, forum keusahawanan dan bimbingan industri.

Beliau juga akan membantu memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan industri kreatif serta membuka peluang kerjasama rentas bidang dalam pengkomersialan idea dan inovasi pelajar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here