Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
GRS tidak ‘pinjamkan’ calon, umum senarai 12 November
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
GRS tidak ‘pinjamkan’ calon, umum senarai 12 November
Hajiji turut mengesahkan Limus, yang juga penyandang kerusi Kuala Penyu, akan menjadi calon GRS di kerusi itu pada PU17 bagi memastikan kawasan itu kekal milik GRS.
GRS hanya akan menampilkan calon tulen pada Pilihan Umum ke-17 (PU17), menolak spekulasi kononnya sebahagian pemimpin GRS kemungkinan ‘dipinjamkan’ untuk bertanding atas tiket parti kerjasama atau gabungan politik lain.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, tiada istilah pinjam-meminjam calon dalam politik, sebaliknya GRS akan menampilkan calon boleh menang pada PU17.

Advertisement
“Dalam politik, tiada istilah pinjam-meminjam. Kita akan mencalonkan individu yang berpotensi untuk menang, dan kita yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri turut menyempurnakan penyerahan geran tanah dan kunci Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada penduduk, termasuk menyampaikan bantuan pendidikan Yayasan Pendidikan Limus Jury di majlis itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hadir sama Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; Naib Presiden PBS, Datuk Ruslan Muharam; Ketua PGRS Klias, Datuk Isnin Aliasnih dan barisan kepimpinan parti lainnya.

Hajiji turut mengesahkan Limus, yang juga penyandang kerusi Kuala Penyu, akan menjadi calon GRS di kerusi itu pada PU17 bagi memastikan kawasan itu kekal milik GRS.

Advertisement
Beliau juga mengesahkan pembahagian kerusi antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) sudah dimuktamadkan dan terpulang kepada parti komponen dalam PH untuk mengumumkannya.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, GRS hanya akan mengumumkan senarai penuh calonnya pada 12 Nov, selepas pengumuman calon PKR dan DAP pada Ahad ini.

Advertisement
Dalam pada itu, Hajiji memaklumkan kerajaan negeri akan membuat permohonan semula bagi pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Menumbok-Labuan kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya direalisasikan, ia akan membawa besar khususnya dalam aspek perhubungan dan pembangunan tempatan bagi kawasan Kuala Penyu dan Menumbok.

“Kita akan kemukakan semula permohonan ini kepada Kerajaan Persekutuan dan jika direalisasikan, ia bakal membawa manfaat besar kepada Kuala Penyu dan Menumbok,” katanya.

Hajiji turut memberi jaminan sekiranya GRS terus diberikan mandat selepas PU17, pentadbirannya akan meneruskan pelaksanaan agenda pembangunan SMJ 2.0 untuk tempoh lima tahun lagi, bermula tahun depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here