Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tuduhan lama, tidak berasas: Muis
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tuduhan lama, tidak berasas: Muis
Yahya berkata, fitnah yang jelas tidak berasas sama sekali itu juga adalah tuduhan lama dan pernah dilontarkan terhadap Muis sebelum ini.
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menafikan tuduhan berlaku salah guna kuasa dalam pentadbiran badan agama itu, melibatkan pengurusan dana Tabung Zakat yang kembali tular di laman sosial, baru-baru ini.

Yang Di Pertua (YDP) Muis, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, fitnah yang jelas tidak berasas sama sekali itu juga adalah tuduhan lama dan pernah dilontarkan terhadap Muis sebelum ini.

Advertisement
“Sejak awal tuduhan ini timbul sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam telah mengarahkan perkara ini disiasat secara menyeluruh.

“Pada masa sama, Muis telah mengambil tindakan saman fitnah terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu. Prosiding mahkamah masih berjalan ketika ini dan wajar dihormati semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut, Yahya berkata pihaknya sebelum ini telah memberikan kerjasama dan ruang penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat keseluruhan akaun Muis, termasuk Tabung Zakat.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur salah laku atau jenayah terhadap mana-mana pegawai atau pihak dalaman Muis sebagaimana yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab.

Advertisement
Katanya, Jabatan Audit Negara juga menjalankan audit menyeluruh terhadap akaun kewangan Muis setiap tahun, termasuk Tabung Zakat, dan hasilnya Muis dianugerahkan Sijil Tanpa Teguran (STT) selama lima tahun berturut-turut.

“Ini membuktikan pengurusan kewangan Muis adalah telus, berhemah dan mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Piawaian Perakaunan serta Enakmen-Enakmen yang berkaitan.

Advertisement
“Dari sudut pengurusan kualiti, Muis berjaya memperoleh Pensijilan Antarabangsa MS ISO 9001:2015 sejak 2021 hasil audit pematuhan tahunan yang dijalankan badan pensijilan bertauliah.

“Ini menunjukkan setiap proses kerja Muis telah dilaksanakan secara sistematik, profesional dan mengikut piawaian ditetapkan, sekali gus membuktikan ketelusan Muis dalam menguruskan dana zakat umat Islam.”

Beliau berkata, Muis juga kini dalam peringkat akhir untuk memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001: 2016 sebagai manifestasi kesungguhan badan itu untuk memastikan pentadbirannya kekal bersih dan berintegriti.

Pada masa sama, katanya, inisiatif berkenaan selaras dengan komitmen Muis untuk mencegah dan mengekang gejala rasuah, sekali gus memastikan tadbir urusnya kekal bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.

Sehubungan itu, Yahya berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan fitnah dan tohmahan berunsur jahat yang sengaja dicipta serta disebabkan bagi menjatuhkan imej Muis.

“Muis akan terus berpegang kepada prinsip amanah dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi Islam yang berperanan penting memperkasa umat Islam dan menjaga kebajikan asnaf di Sabah.

 “Justeru, Muis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menjejaskan imej, nama baik dan maruah Muis sebagai institusi dihormati di wilayah ini,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here