Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Black Wave muktamad 17 calon
Published on: Saturday, November 08, 2025
Published on: Sat, Nov 08, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Black Wave muktamad 17 calon
Menurut Verdon, matlamat utama gerakan itu adalah untuk memperkukuh amalan demokrasi di Malaysia dan Sabah menerusi penyertaan calon bebas yang berintegriti.
Kota Kinabalu: Gerakan Black Wave yang diketuai Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda (gambar) telah memuktamadkan senarai 17 calon bebas yang akan bertanding pada pilihan raya umum Sabah akan datang.

Verdon berkata semua urusan dokumentasi, pengesahan mahkamah dan bayaran deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diselesaikan sepenuhnya.

Advertisement
“Hari ini kami mengadakan mesyuarat bersama semua 17 calon yang akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri. Semua dokumen telah dimuktamadkan dan disahkan oleh mahkamah,” katanya dalam rakaman video dimuat naik ke akaun Facebook beliau, Jumaat.

Beliau berkata calong termasuk 15 wajah baharu, seorang penyandang Ahli Parlimen iaitu dirinya sendiri dan seorang lagi pernah bertanding sebelum ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kebanyakan mereka berusia bawah 50 tahun dan saya percaya ini membawa tenaga baharu kepada landskap kepimpinan Sabah,” katanya sambil menyifatkan barisan calon berkenaan sebagai individu bebas berwibawa dengan latar belakang pengetahuan serta pengalaman profesional yang pelbagai.

Menurut Verdon, matlamat utama gerakan itu adalah untuk memperkukuh amalan demokrasi di Malaysia dan Sabah menerusi penyertaan calon bebas yang berintegriti.

Advertisement
“Kami bersedia menghadapi sebarang cabaran. Setiap halangan bukan penghalang, tetapi ujian kepada keteguhan semangat kami,” katanya sambil menegaskan bahawa gerakan itu tidak diwujudkan semata-mata untuk bertanding, tetapi untuk menetapkan hala tuju politik Sabah yang lebih bersih, berprinsip dan berintegriti.

Beliau menambah calon-calon Black Wave bertanding bukan dengan janji, tetapi dengan keberanian serta komitmen untuk memperbetul hala tuju politik negeri.

Advertisement
“Ini bukan sekadar pilihan raya, tetapi satu kebangkitan. Gelombang ini milik rakyat, dan kali ini, rakyat Sabah yang akan menentukan masa depan negeri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here