Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Jerayawara Yayasan Sabah di Kota Belud esok
Published on: Saturday, November 08, 2025
Published on: Sat, Nov 08, 2025
Text Size:
Text:
Jerayawara Yayasan Sabah di Kota Belud esok
Gulamhaidar turut memaklumkan Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan rebat 30 peratus kepada peminjam Pinjaman Pengajian Tinggi Kumpulan Yayasan Sabah yang membuat bayaran penuh sekali gus melalui Program Rebat Istimewa Madani 30%, yang berlangsung sehingga 31 Dis.
KOTA BELUD: Penduduk Kota Belud dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 peringkat Zon Pantai Barat Utara yang akan berlangsung di Dataran Kilapi, Kg Rampayan Laut, esok (Ahad).

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar, berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat tepat dan menyeluruh mengenai pelbagai bantuan pendidikan, peluang keusahawanan serta khidmat nasihat daripada jabatan dan agensi kerajaan.

Advertisement
“Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat selain membuka ruang kepada masyarakat luar bandar berurusan terus dengan jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Antara pengisian utama program ialah taklimat mengenai peluang tajaan ke institusi pengajian tinggi, termasuk Taklimat Bantuan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah dan Taklimat Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Gulamhaidar turut memaklumkan Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan rebat 30 peratus kepada peminjam Pinjaman Pengajian Tinggi Kumpulan Yayasan Sabah yang membuat bayaran penuh sekali gus melalui Program Rebat Istimewa Madani 30%, yang berlangsung sehingga 31 Dis.

Katanya, pengunjung pameran Kumpulan Yayasan Sabah boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif rebat itu, panduan prosedur pembayaran balik pinjaman, serta berunding dengan pegawai bertugas mengenai pilihan bayaran balik yang tersedia.

Advertisement
Program jerayawara juga menampilkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga, termasuk pameran pendidikan oleh Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Program dijadual bermula 7 pagi dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara komuniti ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here