RANAU: Keadaan di mana kerajaan sering bertukar ganti akan menyebabkan ketidakstabilan politik yang seterusnya mengganggu pembangunan yang telah dirancang dan dimulakan lebih awal.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata beberapa tahun sebelum Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih kerajaan, banyak masa telah dihabiskan untuk mengurus hal-hal politik.
“Banyak masa terbuang kerana situasi ketika itu tidak stabil. Kerajaan silih berganti. Bila keadaan itu berlaku, tugas kita hanyalah bermain politik untuk memastikan kita menang dan tidak kalah.
“Seperti dalam perlawanan bola sepak, untuk memastikan kita tidak kalah, tugas kita hanyalah bertahan. Kenapa? Kerana kita takut kalah.
Advertisement





