Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Sokongan penjawat awam penting: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Larry Ralon, Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Sokongan penjawat awam penting: Ketua Menteri
HAJIJI disambut oleh pegawai perkhidmatan awam pada Konvensyen tersebut.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sokongan padu dan komitmen penjawat awam telah menjayakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 dalam tempoh lima tahun beliau memimpin Kerajaan Sabah.

“Selama lima tahun, saya menakhoda Kerajaan Negeri dengan sokongan dan dukungan para penjawat awam Negeri dan Persekutuan, ianya merupakan satu pengalaman yang luar biasa tetapi amat bermakna kepada saya.

Advertisement
“Kalau sebelum ini saya hanya menakhoda sebuah Kementerian, tetapi sejak lima tahun lalu saya menakhoda sebuah Kerajaan. Ia merupakan pengalaman yang sangat menarik dan akan saya kenang selama-lamanya,” kata beliau pada Konvensyen Penjawat Awam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Selasa.

Menurutnya, perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan di Sabah, secara amnya berjalan dan berfungsi dengan baik walau pun adakalanya berhadapan dengan pelbagai cabaran, tekanan dan ketidaktentuan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Lebih-lebih lagi di Sabah ini yang pernah berhadapan dengan ketidakstabilan politik, di samping ancaman pandemik dan cabaran lain yang di luar kawalan kita seperti ketidaktentuan ekonomi dunia dan perubahan iklim atau cuaca yang boleh mempengaruhi prestasi, peranan dan kehidupan kita seharian,” katanya.

“Semoga asas-asas kukuh berdasarkan Hala Tuju SMJ 1.0 yang telah kita pacak dan kian mengukuh ini, dapat kita lanjutkan bagi mencipta kejayaan lebih cemerlang dalam Hala Tuju SMJ 2.0 yang sentiasa menanti untuk dilaksanakan,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata, dalam tempoh lima tahun itu, beliau telah meninjau dan melawat kesemua Kementerian yang juga meliputi kesemua jabatan dan agensi di bawah

kementerian-kementerian berkenaan.

Advertisement
“Maklum balas dan aduan yang sampai kepada saya tidak semestinya positif. Tentu ada ada Wakil Rakyat, ada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan Ketua-ketua Kampung, malah pimpinan peringkat akar umbi, yang selalu menyampaikan laporan.

“Sebab itu saya katakan, sepanjang lima tahun lalu, ada perkara-perkara yang saya cukup berpuas hati, dan ada juga yang mengecewakan. Tetapi biasalah, sebagai seorang Ketua, kita sentiasa harapkan yang terbaik daripada bawahan kita,” katanya.

Beliau berkata penganjuran konvensyen berskala besar sempena Hari Kualiti Sedunia ini, yang melibatkan anggota perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan, sangat dialu-alukan, bahkan tepat pada masanya.

Beliau menyeru penjawat awam untuk mengambil langkah proaktif di segi pemantapan modal insan dan kepakaran agar tidak tertinggal jauh di belakang, seiring dengan keperluan dan kehendak zaman yang serba sofistikated pada abad ke-21 ini.

“Sebagai jentera kerajaan, penjawat awam juga adalah tunjang dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan. Berpandukan kepada etika kerja berhemah dan

berintegriti, tugas penjawat awam ialah menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat berpandukan prinsip kerajaan semasa. 

“Untuk itu, hubungan baik dan akrab antara penjawat awam dengan pimpinan Kerajaan perlu terus dipelihara dan diperkukuh,” katanya.

Kerjasama itu, tambahnya, menjamin keteguhan pentadbiran dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan demi kelangsungan kemajuan dan pembangunan ke arah membentuk negeri yang aman makmur dan rakyat yang sejahtera.

Dalam konteks pembangunan modal insan, Hajiji berkata Kerajaan Negeri melalui Hala Tuju SMJ, bukan sahaja menumpukan ke arah bidang pendidikan dan pemantapan kemahiran, tetapi juga memperkukuh Perkhidmatan Awam Negeri melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Dis tahun lepas.

Dengan unjuran penambahan perbelanjaan sebanyak RM150 juta, penjawat awam negeri dapat menikmati 7 peratus hingga 15 peratus kenaikan gaji secara berfasa pada 2024 hingga 2026 mengikut kumpulan perkhidmatan.

Beberapa pemberian bantuan khas khusus turut diluluskan dan pada tahun ini, penjawat awam negeri Sabah telah menerima keseluruhan bantuan khas minimum RM4,000, iaitu sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000 pada Januari 2025, bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 dan bantuan khas Pesta Kaamatan sebanyak RM500.

“Ini menjadikan jumlah yang tertinggi dalam sejarah pemberian bantuan khas kepada penjawat awam sebagai manifestasi penghargaan Kerajaan atas komitmen tinggi penjawat awam,” katanya.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Insentif Percutian (i-Cuti) bagi menghargai khidmat bakti penjawat awam yang telah berkhidmat selama dua dekad atau lebih pada 2024.

Setakat tahun ini, seramai 7,872 orang pegawai Kumpulan Pelaksana, 824 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan 61 orang pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi layak menikmati insentif ini dengan unjuran kos keseluruhan sebanyak RM17.7 juta, katanya.

Hajiji berkata perkhidmatan awam Negeri akan diperkasakan lagi dengan persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan penaiktarafan 5,537 jawatan sementara dan kontrak, kepada jawatan bertaraf tetap secara berfasa.

Beliau berkata pada Okt lalu, semasa membentangkan Belanjawan Negara 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian khas RM500 kepada penjawat awam Persekutuan, yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidil Fitri pada awal tahun hadapan.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri Sabah akan turut memberikan insentif serupa dalam Belanjawan Negeri 2026 nanti, malah kemungkinan besar lebih sedikit daripada angka tersebut! Namun, ini bergantung juga kepada kemampuan dan keupayaan Kerajaan.

“Mudah-mudahan Kerajaan ini beroleh mandat yang baharu daripada rakyat, supaya dapat kita pertimbangkan jumlah pemberian khas itu. Malah lebih penting lagi, supaya dapat kita meneruskan khidmat bakti demi kesinambungan segala program pembangunan yang sedang rancak berjalan sekarang, insya-Allah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here