Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
PBS tak goyah tanpa Star: Ruslan
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
PBS tak goyah tanpa Star: Ruslan
BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak dakwaan parti itu kini goyah dan kemungkinan hilang beberapa kerusi pada pilihan raya umum Sabah ke-17 ekoran tindakan Star keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini.

Naib Presiden PBS Datuk Ruslan Muharam berkata sebaliknya ketiadaan kerjasama PBS dengan Star itu dilihat bukan saja tidak menjejaskan parti itu, malah berpotensi menambah kerusi kemenangan PBS.

Advertisement
“Walaupun Star tidak lagi bersama GRS, namun lima wakil rakyatnya tidak mengikut jejak langkah Presiden Star, sebaliknya kekal bersama GRS dan bertanding mempertahankan kawasan masing-masing atas tiket gabungan ini.

“Jentera mereka akan dikemudi PBS yang turut disertai komponen GRS, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di kerusi masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Santai Belia PBS, di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ketika ditanya mengenai persiapan PBS bagi mempertahankan kerusi Lumadan pada PRU17, Ruslan yang juga penyandang kerusi itu menyatakan jentera PBS sudah sudah siap sedia bagi memastikan Lumadan kekal milik parti itu.

Pada masa sama, Ketua Bahagian PBS Lumadan itu turut yakin majoriti kemenangan parti itu juga bakal meningkat susulan sokongan rakyat di kawasan itu susulan gerak kerja mantap sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat Lumadan.

Advertisement
“Dalam tempoh hampir lima tahun, kita telah menyelesaikan semua masalah besar yang diwarisi kerajaan Barisan Nasional (BN) di sebahagian besar kampung seperti isu bekalan air, banjir dan jalan raya rosak.

“Sebagai contoh masalah air, hanya dalam tempoh dua tahun kita telah selesaikan isu yang dihadapi penduduk di Weston, Kampung Lubuk yang dalam sebulan hanya memperolehi air dalam beberapa hari saja.

Advertisement
“Kini, mereka dapat menikmati bekalan air setiap hari dan begitu juga di Kampung Suasa serta beberapa kampung lainnya, hasil komitmen kita untuk pastikan masalah ini selesai secara total,” katanya.

Begitu juga dengan masalah banjir, katanya, seperti di Bukau yang bertakung sehingga berbulan lamanya jika banjir namun kini tidak sampai seminggu, air banjir surut hasil pembersihan sungai yang dilaksana pihaknya.

Manakala bagi masalah jalan kampung rosak, beliau berkata, hampir 50 peratus daripada jalan di 84 kampung di kawasan ini telah dinaiktaraf dan beliau yakin jika terus diberi mandat, masalah itu akan selesai sepenuhnya selepas ini.

“Semua masalah ini legasi yang sekian lama tanpa penyelesaian, namun kita walaupun baru sepenggal mampu menoktahkannya dan bersama PGRS Lumadan, kita yakin dapat sokongan rakyat walau siapa pun calon parti lawan nanti,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here