Kota Kinabalu: 16 lelaki didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
Kesemua individu itu dibawa menghadap Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aslianlydia Asneh yang bertindak sebagai majistret dan mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Seramai 14 daripada mereka — Md Hishamuddin Lanih, Hanapi Abdulhari, Yaser Abdullah, Albin Siha, Md Safie Alwi, Edward, Md Sukor @ Sabdullah, Zulabrah Basar, Mahadi Said, Lorensius Frans, Saidi Jumadil, Ramsan Rammelan, Abu Dharda dan Faizul Anuar didakwa atas kesalahan memiliki syabu.
Hishamuddin didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala yang lain didakwa di bawah Seksyen 12(2) akta sama.
Sementara itu Mahadi, Lorensius, Faizul dan Md Alif Md Sharif turut didakwa atas kesalahan mengambil syabu.
Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Aslianlydia menetapkan sebutan semula kes antara 13 hingga 15 Januari tahun depan sementara menunggu laporan kimia.
Semua tertuduh kecuali Mahadi, Lorensius dan Faizul dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,200 setiap seorang sementara menunggu tarikh tersebut.
Mahadi, Lorensius dan Faizul pula diperintahkan untuk terus direman sehingga tarikh berkenaan.
Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mengendalikan pendakwaan.