Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
DBKK laksana Ops Bersih, 162 pembuang sampah dikompaun berjumlah RM3,140
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK laksana Ops Bersih, 162 pembuang sampah dikompaun berjumlah RM3,140
JUMLAH pesalah tertinggi di kawasan bandar dicatatkan di kawasan tepi laut berhampiran jeti DBKK.
PEMBUANG sampah di pusat komersial dan bandar dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membayar kompaun berjumlah keseluruhan RM3,140 menerusi Ops Bersih yang dijalankan agensi itu sepanjang dua bulan lalu.

Jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK berkata sebanyak RM2,500 dikutip pada bulan Oktober manakala RM640 lagi pada September.

Advertisement
“Sebanyak 162 individu telah diambil tindakan dalam tempoh berkenaan.

“Seramai 157 daripadanya menjelaskan kompaun mereka serta-merta manakala lima lagi berbuat demikian dalam tempoh kelonggaran yang dibenarkan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata kesalahan yang dilakukan termasuk membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok.

SEORANG pembuang sampah di Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya menerima kompaun daripada pegawai DBKK.Menurutnya sesiapa yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil (Anti-Sampah) DBKK 1984 (Pindaan 2005) boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

Advertisement
Seramai empat hingga lima pegawai JPSP berpakaian biasa telah menjalankan 125 pemeriksaan berasingan antara September dan Oktober.

Daripada jumlah itu 85 pemeriksaan dilakukan sepanjang Oktober di sekitar Pusat Bandar serta kawasan dari Tanjung Aru hingga Manggatal.

Advertisement
Antara kawasan yang dipantau termasuk deretan kedai di Bandaran Berjaya, Kampung Air, Sinsuran dan Segama — termasuk kawasan tepi laut berhampiran jeti DBKK.

Kawasan umum sekitar KK Plaza, Centre Point Sabah dan Api-Api Centre turut diawasi.

“Jumlah pembuang sampah tertinggi dicatat di kawasan tepi laut (27 orang) diikuti Centre Point Sabah (16) serta lima masing-masing di Bandaran Berjaya dan Api-Api Centre,” ujarnya.

Bagi kawasan luar bandar raya pasukan JPSP turut memantau Damai Plaza, Damai Point, Sadong Jaya, Plaza Juta, Likas Plaza, Inanam Taipan, EG Mall, Kingfisher Plaza, 1Borneo Hypermall, Alam Mesra, University Plaza, Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya, Manggatal Plaza, Salut Commercial Centre serta kedai di Taman Fajar dan Kingfisher Riverside.

Pemeriksaan turut dijalankan di pekan Tanjung Aru, Lido, Inanam dan Manggatal.

 

PEGAWAI SWMD menunjukan longgokan sampah haram berhampiran pusat tong sampah di Salut Commercial Centre.“Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya mencatat jumlah pesalah tertinggi dengan seramai 13 individu ditahan di sekitar blok kompleks tersebut. 

“Ini diikuti Damai Point dan Damai Plaza (12 pesalah) manakala tujuh lagi ditahan di sekitar EG Mall.

“Pegawai JPSP turut menemui tapak pelupusan haram berhampiran pusat tong sampah di Salut Commercial Centre.

“Empat individu ditahan semasa membuang sampah sesuka hati pada dua kejadian berasingan bulan Oktober — mereka melemparkan beg sampah ke arah pusat tong sampah sehingga bertaburan di lantai,” ujarnya.

Sebanyak 40 pemeriksaan Ops Bersih dilakukan antara 2 hingga 29 September.

“Premis Yu Sang di Kepayan mencatat jumlah pesalah tertinggi bagi kawasan luar Kota Kinabalu pada September dengan tujuh individu ditahan.

“Ini diikuti Kingfisher Plaza dan University Plaza (masing-masing lima) serta Damai Plaza (empat).

“Di Pusat Bandar pula jumlah tertinggi pesalah dicatat di Kampung Air (empat) diikuti Centre Point Sabah dan Segama Waterfront (tiga masing-masing),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here