Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Jalan baharu RM56 juta kurangkan kesesakan di Ranau
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jalan baharu RM56 juta kurangkan kesesakan di Ranau
MASIDI bersama Jimmy Tham Yuk Leong dan tetamu lain beramah mesra dengan warga emas semasa majlis berkenaan.
RANAU: Penduduk Sabah khususnya di daerah ini bakal menikmati kemudahan sebuah jalan baharu menghubungkan Kundasang–Ranau dengan nilai projek sebanyak RM56 juta dijangka bakal dilaksanakan tahun depan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata jalan baharu berkenaan akan melalui Kampung Tambiau, Kampung Sarapong dan Kampung Kenipir.

Advertisement
“Pengguna jalan raya boleh memilih laluan baharu ini sebagai alternatif kepada jalan utama Kundasang–Ranau bagi mengelak kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak atau musim cuti.

“Pembinaan jalan baharu terbabit bertujuan memudahkan penduduk dan para petani di kawasan berkenaan mengangkut hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sekali gus meningkatkan sumber pendapatan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dalam pada itu jalan baharu yang telah diumumkan sebelum ini dan kini dalam proses pembinaan turut melibatkan jalan pintas dari Kampung Kibbas, Mohimboyon, Pahu dan Himbaan yang seterusnya menghubungkan Kiulu dan Tinompok,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Warga Emas dan Makan Malam Kesyukuran 2025 anjuran bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Ranau serta Persatuan Usahawan Pertanian Kundasang di Dewan Hakka pada Selasa.

Advertisement
Menurut beliau Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di daerah Ranau khususnya melibatkan infrastruktur seperti loji rawatan air dan pembinaan jalan baharu demi manfaat rakyat.

Pada majlis sama Masidi turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta setiap tahun bagi biasiswa khas kepada pelajar Cina di sekolah rendah hingga peringkat SPM.

Advertisement
“Biasiswa ini membolehkan pelajar dari sekolah menengah Cina swasta memohon biasiswa kerajaan negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai cita-cita dengan sokongan kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi selain peruntukan daripada kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk sektor pendidikan di Sabah.

Sementara itu Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Ranau Datuk Dr Jimmy Tham Yuk Leong berkata tema sambutan tahun ini iaitu “Menghargai Jasa, Merayakan Kebersamaan dan Bersyukur Atas Nikmat Kehidupan” membawa makna yang amat mendalam.

“Tema ini mengingatkan kita bahawa kehidupan kita nikmati hari ini terbina atas keringat, kesabaran dan pengorbanan generasi terdahulu. Mereka telah menanam benih kasih sayang dan nilai murni yang menjadi asas kepada siapa kita pada hari ini.

“Kita menghargai jasa mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin wujud kemajuan dan kebahagiaan dikecapi sekarang,” katanya.

Jimmy menambah sambutan sama juga bukan sekadar acara tahunan tetapi satu seruan untuk terus menghargai, mengasihi dan menyayangi warga emas di mana jua mereka berada dengan memberikan kasih dan perhatian tulus ikhlas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here