Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Ribuan penyokong meriahkan pusat penamaan calon
Published on: Sunday, November 16, 2025
Published on: Sun, Nov 16, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Ribuan penyokong meriahkan pusat penamaan calon
HAJIJI menyerahkan borang pencalonannya di PPC Dewan Sri Sulaman.
Tuaran: Terdapat kemeriahan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Seri Sulaman di sini, pagi Sabtu, dengan kehadiran ribuan penyokong daripada pelbagai parti yang hadir menyokong calon masing-masing.

PPC ini menyaksikan penamaan calon bagi empat kerusi iaitu Sulaman, Tamparuli, Kiulu dan Pantai Dalit yang terletak dalam kawasan Parlimen Tuaran.

Advertisement
Kerusi Sulaman menyaksikan saingan lima penjuru, dengan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dicabar oleh empat calon lain.

Empat pencabar itu ialah Dr Shahnon Rizal Thaijuddin dari Barisan Nasional (BN), Moktar Hussin (Warisan), Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah-PIS) dan Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional-PN).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ketika PRU16, Hajiji mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,099 undi dalam saingan tiga penjuru. Beliau tidak pernah kalah kerusi itu sejak 1994, menjadikannya salah seorang wakil rakyat paling lama berkhidmat.

Dua kerusi penting di Parlimen Tuaran, iaitu Tamparuli dan Kiulu, masing-masing menyaksikan saingan 13 dan lapan penjuru pada PRN Sabah ke-17.

Advertisement
Bagi Tamparuli, bekas pensyarah kanan universiti, Dr Bonaventure Boniface, akan mewakili GRS bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Jahid Jahim.

Beliau berdepan cabaran daripada Datuk Wilfred Madius Tangau (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu - Upko), yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Advertisement
Calon lain ialah Dr Gaim @ James Lunkapi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Jinitoh Sontori daripada Parti Solidariti TanahAirku (Star), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah) dan Lee Han Kyun @ Joseph Lee (Warisan).

Selain itu, Parti Kerjasama Anak Negeri meletakkan Arthur Erik Lee manakala Parti Rumpun mencalonkan Aliusus Sipil.

Lima calon Bebas memberi tentangan masing-masing Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali, serta Raymond Alfred @ Jenry.

Bagi Kiulu pula, penyandang kerusi terdahulu, Datuk Joniston Bangkuai sebagai wakil GRS bakal mempertahankan kedudukannya menentang tujuh pencabar lain.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan GRS, akan ditentang oleh Joisin Romut (Upko), Terence Sinti (Star), Niyky @ Niky J. Bosikol (PIS), Saibin Gunsari (Warisan) dan calon dari KDM yang juga bekas pemain bola sepak, Henry Saimpon.

Dua lagi calon yang memberi saingan kepada Joniston ialah Trevor Kenneth Maringking (Parti Anak Negeri), dan Dusi Gingging daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

Pantai Dalit pula menyaksikan saingan tujuh penjuru, dengan GRS meletakkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Jasnih Daya.

Warisan meletakkan Datuk Aliasgar @ Ali Ashgar Basri, Liam Tawil (PIS), Mohd Zulkernain Osman (Perikatan Nasional), Jaesman @ Jaess Gipin (KDM),  Francis Fahir (Star), serta Alfian Sambas (BN).

Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini, terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here