Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Ahli Gagasan Rakyat, GRS tanding Bebas akan dipecat
Published on: Sunday, November 16, 2025
Published on: Sun, Nov 16, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Ahli Gagasan Rakyat, GRS tanding Bebas akan dipecat
Datuk Seri Hajiji Noor
TUARAN: Mana-mana ahli Gagasan Rakyat atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap ahli berkenaan yang meletakkan diri sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Advertisement
“Saya yakin gabungan GRS dan Pakatan Harapan (PH) akan memperoleh mandat kukuh untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17.

“Keputusannya jelas, saya yakin GRS dan PH akan membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Seri Sulaman di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hajiji, yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, tiba di pusat penamaan calon pada jam 9 pagi, diiringi kepimpinan GRS serta ribuan penyokong.

Turut bersama beliau adalah penyandang DUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; penyandang DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai serta calon baharu bagi DUN Tamparuli, Dr Bonaventure Boniface. 

Advertisement
Hajiji berdepan saingan lima penjuru di Sulaman, manakala Jasnih pula menghadapi tujuh penjuru di Pantai Dalit.

Joniston akan mempertahankan kerusi Kiulu yang disandangnya dalam persaingan lapan penjuru, manakala Dr Bonaventure bakal bersaing dalam pertembungan 13 penjuru di Tamparuli.

Advertisement
Mengulas situasi di Sulaman, Hajiji berkata beliau optimis GRS mampu meraih kemenangan besar di kawasan itu.

“Kita sudah mengetahui calon-calon yang bertanding di kawasan Sulaman. Inilah demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding. 

“Tetapi saya amat yakin calon GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan Sulaman,” ujarnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here