PENAMPANG: Kerusi Moyog dijangka menjadi antara medan utama pada pilihan raya negeri 29 November apabila Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap bertanding meskipun wujud persefahaman awal antara kedua-dua gabungan.
PH diwakili Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, Remysta Jimmy Taylor, 37, yang tiba awal di pusat penamaan calon tetapi enggan mengulas keputusan lewat parti meletakkannya sebagai calon.
“Ia adalah demokrasi dan sesiapa pun berhak bertanding. Saya dimaklumkan oleh kepimpinan dua hari lalu bahawa saya akan diberi watikah,” kata Remysta sambil menambah beliau yakin rekod serta kehadiran PH akan membantu mempertahankan kerusi itu.
GRS menampilkan pemimpin pemuda Parti Bersatu Sabah yang juga jurutera, Joeynood Aiiko Ronald C. Bansin, 36, yang mengesahkan pencalonannya hanya dimuktamadkan baru-baru ini.
Advertisement





