Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Axiana beri sumbangan bernilai RM214,000 untuk 1,000 pelajar Ranau
Published on: Saturday, November 15, 2025
Published on: Sat, Nov 15, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Axiana beri sumbangan bernilai RM214,000 untuk 1,000 pelajar Ranau
BARIZAH menerima sumbangan daripada Axiata.
RANAU: Seramai 1,000 pelajar sekolah menengah dari seluruh daerah menerima manfaat daripada program Kembali ke Sekolah anjuran Yayasan Axiata di sini pada Isnin.

Menerusi program itu, Yayasan Axiata terus komited menyokong pendidikan yang saksama dan mudah diakses, khususnya sebagai persediaan untuk tahun akademik 2026.

Advertisement
Yayasan Axiata aktif membantu komuniti tempatan di Sabah melalui pelbagai inisiatif berteraskan tiga tonggak utama – Pendidikan, Pelaburan Komuniti dan Alam Sekitar.

Antara usaha berterusan yayasan itu termasuk bekerjasama dengan Persatuan Usahawan Sosial Sabah (Sosea) bagi memperkasa komuniti luar bandar melalui pembangunan sumber pendapatan mampan, latihan kemahiran dan inisiatif penjanaan pendapatan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ia juga bekerjasama dengan Pandai Education untuk meningkatkan akses pembelajaran digital kepada pelajar B40 melalui langganan aplikasi premium serta dengan Hopes Malaysia bagi menambah baik akses bekalan air bersih di Kota Belud melalui Projek Air Graviti, sambil mempromosikan amalan pertanian lestari.

Pelaksanaan berterusan program Kembali ke Sekolah ini mencerminkan komitmen Yayasan Axiata dalam memperkukuh akses dan keterangkuman pendidikan, khususnya bagi isi rumah B40, melalui pengagihan kelengkapan sekolah kepada pelajar.

Advertisement
Majlis pelancaran yang diadakan di SJKC Pai Wen menandakan satu pencapaian penting dalam usaha yayasan memperluaskan jangkauan programnya di Borneo.

Seramai 1,000 pelajar dari lima sekolah iaitu SMK Mat Salleh, SMK Kundasang, SMK Ranau, SMK Lohan dan SMKA Mohamad Ali menerima set kelengkapan sekolah lengkap, termasuk pakaian seragam, kasut, stoking serta alat pembelajaran seperti set geometri atau kalkulator saintifik.

Advertisement
Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama rapat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau (PPD Ranau).

Sebagai sebahagian program, Axiata menyerahkan replika cek bernilai RM214,000 kepada PPD Ranau, melambangkan sumbangannya dalam menyediakan kelengkapan sekolah kepada penerima.

Setakat ini, program Kembali ke Sekolah oleh Yayasan Axiata telah memberi impak positif kepada sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di seluruh negara, dengan jumlah pelaburan RM1.7 juta disalurkan untuk menyokong persiapan persekolahan dan meningkatkan keyakinan pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata Mohamad Kamal Nawawi berkata:

“Misi utama Yayasan Axiata dalam Pendidikan adalah menyediakan peluang pembelajaran berkualiti yang saksama dan inklusif untuk semua pelajar.

“Yayasan Axiata memainkan peranan penting dalam menyokong kebajikan dan pendidikan kanak-kanak ini melalui penyediaan bantuan yang disasarkan.”

Turut hadir pada majlis terbabit ialah Pegawai Pendidikan Ranau Barizah Mohd Kahar; pegawai Yayasan Axiata, kakitangan Jabatan Pendidikan, guru-guru dan pemimpin setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here