Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Calon Silam tarik diri elak pertembungan
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Calon Silam tarik diri elak pertembungan
Abdul Halim turut menyatakan keyakinannya bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus bekerjasama rapat dengan wakil rakyat bagi pembangunan Sabah.
LAHAD DATU: Abdul Halim Sidek Gulam Hassan mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Dalam satu kenyataan, Abdul Halim berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan teliti bersama kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

Advertisement
Beliau menegaskan tindakan itu dibuat sepenuhnya atas kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sebarang tekanan luar.

“Menjaga keharmonian dan hubungan baik antara parti-parti rakan merupakan pertimbangan utama di sebalik keputusan ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Walaupun tidak bertanding, Abdul Halim menegaskan komitmennya untuk terus menyokong kesejahteraan penduduk di Silam dan Lahad Datu.

Beliau berkata dedikasinya terhadap perkhidmatan masyarakat akan diteruskan dalam apa jua kapasiti yang membolehkan beliau menyumbang secara bermakna.

Advertisement
Abdul Halim turut menyatakan keyakinannya bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus bekerjasama rapat dengan wakil rakyat bagi pembangunan Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan PH, jentera parti serta rakyat Silam dan Lahad Datu atas sokongan dan kepercayaan mereka.

Advertisement
“Saya berharap pilihan raya kali ini akan melahirkan pemimpin yang sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat,” katanya sambil menambah bahawa penarikan diri itu berkuat kuasa serta-merta bermula 17 Nov.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, dalam sidang media pada Isnin mengesahkan penarikan Abdul Halim Sidek Gulam Hassan sebagai calon PH bagi kerusi N.62 Silam pada PRN Sabah ke-17.

Beliau berkata keputusan itu dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk kepentingan menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti komponen dalam PH serta rakan politiknya di negeri ini.

Parti itu turut menyatakan bahawa semangat kesetiaan dan kerjasama antara rakan gabungan kekal menjadi asas kepada usaha memastikan kestabilan politik berterusan di Sabah.

Sementara itu, Mustapha turut menyeru seluruh jentera dan penyokong PH di Silam, khususnya di Lahad Datu, agar kekal tenang, fokus, dan terus memperkukuh perpaduan demi kejayaan gabungan itu serta masa depan Sabah.

x

Foto: LD PH – Mustapha bersama Ketua Cabang PKR Lahad Datu dan Tawau

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here