Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Kesedaran hak cipta lagu di Sabah masih rendah: MACP
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kesedaran hak cipta lagu di Sabah masih rendah: MACP
ROGER dan Nor Masayu (kiri) ketika menjawab pertanyaan daripada pemberita.
MASIH ramai penggiat seni di negeri ini, khususnya komposer, penulis lirik dan artis baharu yang tidak menyedari kepentingan mendaftarkan hak cipta karya mereka.

Pengarah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) Malaysia Timur Roger Wang berkata berdasarkan jumlah keahlian badan itu, pencipta lagu dan penulis lirik yang berdaftar di negeri ini hanya kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Advertisement
“Di Sabah ada ramai bakat yang bukan saja penyanyi tetapi juga pencipta lagu dan penulis lirik. Jadi penting untuk mereka mengetahui apakah hak-hak mereka supaya karya mereka dilindungi dan mereka menerima pendapatan daripada royalti lagu.

“Kalau dibandingkan dengan Lembah Klang dan Semenanjung kesedaran tentang hak cipta memang agak rendah di Sabah terutamanya dalam kalangan komposer. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Mungkin ada yang pernah dengar tentang royalti lagu atau mengenai MACP tetapi mereka tidak tahu apa itu MACP,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama media di Kota Kinabalu pada Khamis lalu.

ROGER (ketiga dari kanan) bergambar bersama pengamal-pengamal media Sabah pada majlis itu.Menurut Roger yang juga komposer dan pemuzik berasal dari Sabah MACP kini memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak seiring perubahan dalam industri muzik.

Advertisement
“Selama ini MACP memang fokus di Lembah Klang kerana dulu untuk menceburi kerjaya muzik ramai perlu berpindah ke Semenanjung memandangkan pasaran di Sabah ketika itu agak kecil.

“Tetapi dengan adanya internet dan platform digital seperti YouTube serta Spotify industri muzik sudah berubah.

Advertisement
“Selain itu ramai bakat datang dari Sabah dan Sarawak. Ahli MACP dari kedua-dua negeri ini juga mahu MACP memperbanyakkan kehadirannya di Malaysia Timur. Jadi kami putuskan inilah masanya untuk MACP fokus di sini,” katanya.

Tambah Roger beliau gembira apabila siri Jelajah Malaysia Timur MACP yang diadakan di Kota Kinabalu pada Ogos lalu menerima maklum balas memberangsangkan daripada penggiat seni di negeri ini.

“Kami sudah mula aktif di Sabah bermula tahun ini dan akan meneruskan momentum yang sama pada tahun depan susulan maklum balas yang sangat positif. 

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya empat program setahun di Sabah antaranya program kesedaran hak royalti lagu, program aspirasi seni dan bengkel penulisan lagu.

“Tahun ini MACP sudah melaksanakan dua program di Sabah pada Ogos dan bulan ini. Jadi kami harap dapat menjalankan program setiap suku tahun bergantung kepada sumber kewangan MACP,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pembukaan cawangan MACP di negeri ini Roger berkata mereka masih menunggu masa sesuai.

“Memang ada perancangan tetapi buat masa sekarang kami hanya fokus meningkatkan kesedaran penggiat seni di sini dan akhirnya menambah keahlian yang mencukupi supaya MACP mampu mengekalkan operasi di sini,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata MACP telah menurunkan kriteria pendaftaran karya bermula April tahun ini.

“Sebelum ini untuk mendaftar mereka perlu ada sekurang-kurangnya lima lagu minimum. Tetapi sekarang mereka boleh mendaftar walaupun hanya ada satu lagu.

“Tetapi lagu itu mestilah masih aktif dan sudah dikeluarkan serta memperoleh sekurang-kurangnya 1,000 tontonan di mana-mana platform penstriman.

“Sekiranya komposer itu mempunyai satu lagu dengan 1,000 tontonan atau ‘listening’ di Spotify tetapi kurang daripada 1,000 di YouTube mereka masih boleh mendaftar,” katanya.

Turut hadir Pengurus Keahlian dan Perhubungan Awam MACP Nor Masayu Alias.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here