Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Dakwaan rasuah tidak beri kesan: Masiung
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dakwaan rasuah tidak beri kesan: Masiung
Masiung menzahirkan keyakinan untuk terus mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
KINABATANGAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuamut Datuk Masiung Banah menyatakan dakwaan isu rasuah yang kini kembali dibangkitkan pembangkang tidak sesekali membuatkan dirinya gentar.

Masiung bagaimanapun kini hanya menyerahkan perkara terbabit sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Advertisement
“Kita ini ‘gentleman’. Kita sendiri datang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk beri kerjasama.

“Mereka maklumkan tiada apa-apa namun saya percaya pembangkang akan terus memainkan isu itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau sebaliknya yakin rakyat Kuamut sudah cukup matang untuk menilai sesuatu isu secara rasional.

Dalam pada itu Masiung menzahirkan keyakinan untuk terus mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Advertisement
Beliau berkata setelah disahkan sebagai salah seorang daripada lapan calon bertanding di Kuamut, peluang untuk meneruskan agenda pembangunan yang masih berjalan di kawasan tersebut semakin jelas.

“Saya merasakan bahawa pada pilihan raya ini masih mempunyai peluang untuk meneruskan kerja-kerja yang selama ini tertangguh terutama dari segi pembangunan yang sedang berjalan di Kuamut.

Advertisement
“Keyakinan saya tidak berbeza daripada mana-mana calon lain kerana rekod pentadbiran serta pelaksanaan pembangunan di Kuamut menjadi asas penting sokongan rakyat,” katanya.

Menurut Masiung dalam demokrasi semua calon yakin untuk menang namun beliau yakin berdasarkan rekod pentadbiranya serta projek pembangunan yang sedang berjalan. 

Beliau turut mengakui sedang mengatur strategi bagi menarik sokongan golongan muda agar keluar mengundi dan memilih kesinambungan pembangunan serta kestabilan ekonomi.

“Anak muda perlu melihat kesinambungan pembangunan yang kita paparkan sewaktu GRS memerintah. 

“Saya yakin mereka memahami hala tuju ini,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihanya bertanding di bawah gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Masiung berkata langkah itu dibuat demi kesinambungan pentadbiran yang stabil.

“Politik ini dinamik. Ada masa kita bertanding bebas, ada masa di pihak kerajaan. Saya memilih GRS kerana kita mahu kepimpinan ini berterusan dan percaya kita mampu menyumbang satu kerusi penting untuk GRS,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here