Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
DBKK diminta proaktif periksa penutup longkang rosak di Manggatal, Kinarut
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK diminta proaktif periksa penutup longkang rosak di Manggatal, Kinarut
KAKI seorang penduduk Papar mengalami bengkak teruk selepas terjatuh ke dalam longkang bertutup di Kinarut
KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diminta lebih proaktif memeriksa keadaan longkang bertutup di sekitar Manggatal bagi memastikan keselamatan orang awam tidak terancam akibat jeriji atau kepingan penutup yang rosak atau hilang.

Sementara itu seorang penduduk Papar berharap Majlis Daerah turut lebih peka menyelenggara kemudahan sama di Kinarut.

Advertisement
Beliau membuat teguran itu selepas terjatuh ke dalam longkang di pekan berkenaan apabila palang jeriji logam yang menutup struktur itu tiba-tiba patah. Akibat kejadian tersebut kakinya cedera dan tapak tangannya mengalami luka yang teruk.

Jeriji logam yang rosak berhampiran Jalan Kinarut Township.Seorang lagi penduduk Manggatal turut membangkitkan bahaya yang timbul akibat lubang pada jalan menuju ke kawasan tamu mingguan. Bahaya itu berlaku kerana penutup longkang di laluan tersebut telah jatuh ke dalam longkang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kedua-dua individu itu memberikan butiran kepada Hotline sebelum aduan mereka disalurkan kepada agensi berkaitan.

Menurut jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK perimeter bagi kedua-dua penutup longkang yang jatuh itu telah dibina semula awal bulan ini.

Advertisement
“Pemeriksaan kami mengesahkan bahawa jeriji logam dan gril gentian kaca terbuka telah dipasang semula dengan betul di lokasi terjejas di Jalan Manggatal F berhampiran kawasan tamu,” katanya.

Beliau berkata kawasan tersebut telah ditutup sementara dengan pita keselamatan pada September lalu selepas mendapati penutup longkang berkenaan longgar daripada bingkainya.

Advertisement
SEORANG juruteknik DBKK membina semula bingkai gril gentian kaca di jalan Manggatal.“Hasil pemeriksaan jeriji telah jatuh ke dalam longkang manakala gril gentian kaca berada dalam keadaan yang boleh runtuh pada bila-bila masa,” tambahnya.

Kakitangan yang membuat pemeriksaan percaya bahawa kenderaan berat mungkin telah melalui atau meletakkan kenderaan di atas struktur tersebut.

Mengulas tentang kelewatan dua bulan untuk menangani masalah itu beliau menjelaskan bahawa kekangan bajet menghalang kerja pembaikan segera dilakukan.

Menurutnya penyelenggaraan longkang bertutup termasuk jeriji logam dan papak konkrit dilakukan secara ad hoc.

“Kerja hanya dibuat apabila perlu. Kakitangan kami diminta membuat pemeriksaan berkala di kawasan umum sekitar pekan Manggatal bagi memastikan kemudahan saliran berada dalam keadaan baik.”

Sementara itu Majlis Daerah Papar sedang menilai keadaan jeriji di antara kaki lima dan jalan utama di sebahagian kawasan Kinarut.

“Mana-mana jeriji yang rosak atau tidak terletak betul pada bingkainya akan diperbaiki,” katanya.

Jika perlu agensi itu akan membina semula bahagian kaki lima yang terjejas di Jalan Kinarut Township supaya penutup longkang tidak kembali longgar.

“Kerja pembaikan akan dilakukan apabila peruntukan mencukupi. Buat sementara waktu kami akan menutup ‘lokasi bahaya’ ini, termasuk meletakkan kepingan papan lapis di atas penutup longkang yang rosak,” ujarnya.

LUBANG di jalan berhampiran kawasan tamu pada awalnya ditanda dengan pita keselamatan.Berhubung kekerapan penyelenggaraan jurucakap itu berkata ia dilakukan apabila keadaan memerlukan.

“Kami banyak bergantung kepada maklum balas awam untuk menentukan bila kemudahan ini perlu diselenggara. Ia juga bergantung sama ada kerja itu kecil atau besar,’ katanya.

Kerja berskala besar tertakluk kepada kekangan kewangan dan tenaga kerja, manakala kerja kecil boleh diselesaikan dalam beberapa jam.

Walau bagaimanapun berdasarkan kejadian terbaru itu kakitangan Majlis Daerah diarahkan lebih peka terhadap kerosakan penutup longkang di Kinarut. -(SS)
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here