Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Masa depan generasi muda Sabah jadi pertaruhan
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Masa depan generasi muda Sabah jadi pertaruhan
Masidi berkata GRS mahu melihat hala tuju Sabah terus berkembang dengan lebih ramai anak tempatan berkeupayaan mengurus negeri dalam pelbagai aspek.
RANAU: Rakyat Sabah perlu memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan masa depan anak-anak mereka lebih terjamin dan pembangunan negeri dapat diteruskan, kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

Penyandang kerusi Karanaan itu berkata rakyat harus mempertimbangkan kepentingan bersama serta masa depan generasi muda dalam setiap keputusan mereka.

Advertisement
“Dunia hari ini sangat kompetitif dan persaingan semakin meningkat. Oleh itu, rakyat perlu membuat keputusan lebih berhati-hati dan tidak berpuas hati kerana masa depan anak-anak mereka merupakan keutamaan yang sangat penting.

“Saya tekankan perkara ini kerana ramai calon dan parti pembangkang tidak menyentuh langsung soal masa depan generasi baharu di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Mandat Calon GRS di Pentas Budaya, di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Di bawah kerajaan GRS, pendidikan percuma akan disediakan kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Inisiatif itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Masidi berkata GRS mahu melihat hala tuju Sabah terus berkembang dengan lebih ramai anak tempatan berkeupayaan mengurus negeri dalam pelbagai aspek.

“Dengan kebolehan ini, kita berasa bangga sebagai rakyat Sabah kerana mampu mengurus negeri sendiri dan mempunyai identiti tersendiri,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menyeru pengundi muda agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi demi masa depan yang lebih terjamin.

“Golongan muda perlu terlibat dalam politik kerana di situlah mereka dapat menentukan hala tuju sendiri,” katanya.

Masidi berdepan saingan tujuh penjuru menentang Georgina L. George (Upko), Karim Adam (KDM), Nadzimin Kamin (BN), Mohd Anuar Abd Ghani (Star), Mukinin @ Mazlan Daiman (Warisan) dan Naomi @ Neomi Francis (Bebas).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here