Advertisement
Sementara itu, penduduk di Kepayan mengeluh gangguan bunyi oleh anjing-anjing liar, dengan mengatakan, salakan haiwan itu sering mengganggu ketenteraman di kejiranan itu dan menjejaskan tidur penduduk pada waktu malam.
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Advertisement
Advertisement
Katanya, ini bukan kali pertama tahun ini ACU pergi ke kawasan perumahan itu.
Menurutnya, pasukan ACU membuat dua pemeriksaan di Lorong Rampai dalam tempoh 10 hari pada Oktober lepas.
“Sepuluh pekerja kami berjalan di sepanjang jalan ini dan jalan bersebelahan ketika itu. Mereka tidak menangkap apa-apa pada pemeriksaan pertama tetapi berjaya menangkap dua ekor anjing liar pada percubaan kedua.”
Katanya, sebanyak 24 risalah mengenai garis panduan penjagaan anjing DBKK diserahkan secara peribadi kepada pemilik rumah atau diletakkan di peti surat rumah-rumah di kawasan terbabit semasa pemeriksaan.
Katanya, mereka diingatkan mengenai had maksimum dua ekor anjing serta keperluan untuk mendaftarkan anjing mereka dengan pihak berkuasa.
“Pemilik anjing juga diminta memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin secukupnya dan tidak menimbulkan kacau ganggu awam.
“Mereka juga diberitahu untuk mengiringi anjing mereka sekiranya melepaskan haiwan peliharaan itu ke jalan perumahan. Anjing mereka mesti diikat dalam situasi tersebut.”
Katanya, pemilik haiwan turut dinasihatkan untuk mengambil tindakan apabila anjing mereka mula menyalak agar bunyi itu tidak berterusan dan mengganggu jiran.
“ACU akan membuat pemeriksaan berkala di Taman Selesa untuk menentukan sama ada penduduk mematuhi syarat kami.”
Jurucakap itu berkata Unit tersebut diberi kuasa untuk menangkap mana-mana anjing yang ditemui berkeliaran tanpa pengawasan di jalan-jalan di bawah bidang kuasanya.
Katanya, pemilik boleh dikenakan kompaun sehingga RM500 di bawah Undang-Undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing DBKK 1963 (Pindaan 2008) dan perlu menjelaskan penalti itu sebelum anjing mereka dikembalikan.
“Pesalah berulang berisiko dibawa ke mahkamah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM5,000.”






