Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Peniaga didenda miliki racun tanpa lesen
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Peniaga didenda miliki racun tanpa lesen
Pertuduhan menyatakan bahawa botol-botol tersebut mengandungi cecair tidak berwarna dengan bahan Ivermectin iaitu racun yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai pada Rabu didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen  atas dua pertuduhan memiliki racun tanpa lesen untuk dijual selain menyimpan produk tidak berdaftar di premisnya di Ranau.

Denny Cheng mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Advertisement
Dia didenda RM2,000 atau empat bulan penjara bagi setiap kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Denny didapati memiliki bagi tujuan penjualan 12 botol ‘Itin Vet Oral Solution’ 60ml pada jam 11.05 pagi, 13 Jun 2024 di Pet Smart, bandar Ranau.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pertuduhan menyatakan bahawa botol-botol tersebut mengandungi cecair tidak berwarna dengan bahan Ivermectin iaitu racun yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Pertuduhan kedua menyatakan bahawa dia memiliki 12 botol Itin Vet Oral Solution 60ml dan dua kotak Ulcer Aid Gel Solution 15ml, kesemuanya produk tidak berdaftar pada masa dan lokasi yang sama.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Farmasi Oong Chi San memaklumkan mahkamah bahawa dua jenis produk yang dirampas itu bernilai kira-kira RM420 dan telah disahkan oleh Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan sebagai tidak berdaftar, bermakna kualiti dan keselamatanya belum dinilai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Oong berkata kehadiran Ivermectin, bahan aktif antiparasit yang tidak diluluskan untuk kegunaan umum dan memerlukan pengawasan perubatan meningkatkan risiko kepada pengguna.

Advertisement
Beliau turut merujuk kepada satu kes mahkamah yang menegaskan bahawa Ivermectin tidak dibenarkan untuk rawatan Covid-19.

Oong memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan menyatakan bahawa kehadiran Ivermectin dalam produk tidak berdaftar bukan sahaja membahayakan pengguna secara langsung tetapi turut meningkatkan keseriusan kesalahan Cheng sebagai ancaman kepada keselamatan awam.

Dalam kes berkaitan pembantu kedai Denny turut didenda RM1,500 atau satu bulan penjara kerana menjual racun tanpa lesen.

Erniwaty Hakim mengaku bersalah menjual sebotol Itin Vet Oral Solution 60ml mengandungi Ivermectin kepada seorang pelanggan Norhidayu Soon Gin Yee di premis yang sama pada tarikh dan masa yang sama.

Dia tidak mempunyai lesen di bawah Akta Racun 1952 untuk menjual racun.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 16(1) Akta Racun dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16(5) serta Seksyen 32(2), memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya atau jika perbuatan itu didapati sengaja atau cuai dan membahayakan nyawa manusia denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here